Quantcast
Channel: cerita tentang SEGALA
Viewing all 710 articles
Browse latest View live

Buah Berangan Goreng

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kembali bersiaran di pagi yang semakin menginjak ke tengah hari. ^_^

Dah baca kan tentang cerita pasal buah berangan kampung dan jari jemari yang halus-mulus tu? Kalau belum boleh klik kat sini. Jadi kali  ni saya nak share pulak tentang macam mana saya memasaknya. Rasanya semua dah tahu, cuma mungkin tak berkesempatan nak membuatnya sendiri.


Buah berangan yang telah digoreng lebih enak dimakan semasa masih panas kerana isinya masih lembut. Kalau dah sejuk tu sampai lenguh rasa pipi dek asyik menggigitnya. Yang saya buat ni dibawa ke CH, goreng di rumah kawan saya. Kalau nak kata saya habiskan sendiri memang tak mampu lah. Ni pun makan ramai-ramai dalam gelap (masa tu kebetulan pula letrik tiba2 terputus)


Ini hah... dua beradik yang dok mengadap buah berangan. Siap guna alu lesung lagi. Kalau nak gigit je gitu alamatnya boleh patah gigi. Sorang tukang tumbuk, sorang tukang keluarkan kulit.


Macam mana nak kongskikan resepi ya? Tak ada sukatan yang khusus, cuma perlukan buah berangan saja. Kata saudara kawan saya, lagi harum jika digoreng bersama kopi kasar. Kalau tengok yang dijual tu entah dalam apa ya mereka goreng... kata orang guna tar jalan raya. Hish tak pasti lah pulak tu betul ke tidak kerana saya tak pernah lagi membelinya.

Saya bagaimanapun merebusnya terlebih dahulu di dalam pressure cooker sebelum menggorengnya di dalam kuali. Jadi masa menggoreng pun tak lama dan isinya masak sekata. Kalau tak direbus dulu memang ambil masa sikit nak masak...silap haribulan kena yang masih mentah. T_T Kalau nak tahu buah berangan ni dah masak atau belum, tengok saja pada kulitnya yang merekah sedikit selain warna yang bertukar kehitaman.

Lain kali kalau ada lagi buah berangan ni, saya nak cuba goreng dengan kopi kasar pulak tengok macam mana rasanya. Buat kawan-kawan, selamat mencuba!

Kerutuk Itik Serati (Gaya Kelantan)

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah antara n3 yang saya nanti-nantikan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Setelah melihat Kak Azie menayangkan kerutuk itik serati di blognya, terus saya terasa nak makan juga. Saya ni pelik sikit, kalau kata nak makan memang saya kena dapatkan. Jangan kata orang mengandung aje berperangai pelik mengidam begitu....

Kebetulan balik ke kampung, memang saya dah pasang niat nak cuba cari daging itik di pasar Pasir Puteh. Sembang punya sembang rupa-rupanya di kampung kawan saya di Kok Lanas, memang ada orang yang jual itik (siap proses) juga ayam kampung. Jadi pucuk dicita ulam mendatang, maka saya pun bookinglah seekor. Macam dah terbayang-bayang rasanya nak makan kerutuk itik masa tu.

Seekor yang saya beli tu harganya dalam RM30. Boleh tahan jugak ya. Tapi tak apalah, janji dapat. Bab harga ni tak kisah sangat. Semuanya saya bawa ke CH sebab tak menyempat nak memasak di kampung. Lagi pula emak dan ayah saya tak makan itik.


Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap. Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang membaca.


Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Rempah kerutuk tu agaknya kalau tak ada bolehlah digantikan dengan rempah kari. Cuma rasanya mungkin agak berbeza la sikit. Kerisik tu sampai keluar minyak dikerjakan kawan sekolah saya Kak Norjanah. Hiiiiii kuat betul stamina dia. *_*


Ini pula antara langkah2 penyediaan awal. Saya gunakan kuali untuk memudahkan kerja mengacau. Masa ni boleh nampaklah kerja mengacaunya memang tak berhenti sebab tak mahu rempah tu hangit. Api agak2 la ya, kalau boleh biarlah sederhana sahaja. Masa ni juga ditambahkan gula dan garam secukupnya. Bab ni saya memang fail. Selalu je termasin atau tawar...

Cuba tengok gambar ke 4. Itu adalah daging itik yang telah direbus lebih kurang 15 minit dalam periuk tekanan. Memang empuk sungguh. Tak terasa menggigitnya. Masa memasak pun tak lama sebab itik pun dah lembut. Saya paling suka bahagian kulitnya. Rasa sedap sangat. Nak terangkan pun susah kecuali siapa yang pernah memakannya. Terbaik!


Bila rempah dah bercampur dengan daging itik bolehlah dimasukkan santan. Saya hanya gunakan sebiji kelapa sahaja. Jadi kerutuk ni tak la lemak sangat, terpulanglah pada citarasa. Kalau tengok gambar tu bukanlah rempah tu hangit, tetapi memang warnanya begitu. Bila rempah dah sebati dengan santan, tengok warnanya pun dah berubah.

Gambar yang di bawah ni pula apabila kuah dah mula mendidih. Daripada warna yang agak kemerahan, ianya bertukar ke warna yang lebih gelap. Masa ni bolehlah kita biarkan ia merenih dan kacau sesekali. Kalau rasa masa ni macam ada yang kurang bolehlah ditambahkan apa yang perlu.

Bila dah masak, kerutuk ni sudah tentu sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam timun. Jika ada boleh disertakan dengan 'sambal jantan' atau sambal belacan. Tak perlu kawan yang lain dah...tak gitu Kak Azie?



Jadi, alhamdulillah dah lepas rasa nak makan kerutuk itik. Terima kasih tak terhingga buat Mok Ja yang sudi memenuhipermintaan selera saya. Sayang dia ketat-ketat... T_T... Di bawah ni saya kongsikan resepi yang telah saya salin daripada beliau kalau2 ada yang nak mencuba. Saya pun lepas ni kalau nak buat kerutuk nak refer resepi ini jugaklah....

Rasa macam panjang lebar je penerangan n3 ni... He he he he....

KERUTUK ITIK SERATI
Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang

Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.

Nota : 
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

Kek Durian Delight

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek durian delight ni selalu saya tengok di blog Kak Ita. Dengan deco yang kemas dan cantik bagaikan memanggil-manggil saya untuk turut mencuba. Kebetulan balik dari kampung, emak ada membekalkan saya satu bekas durian, nak menghabiskannya begitu saja saya dah muak, jadi sekejap saja saya terfikirkan kek ini yang resepinya saya gunakan dari blog ABM... anak teruna yang gigih memasak walaupun sibuk belajar di Jepun nun...

Untuk santapan sendiri, kek ni togel tanpa sebarang deco. Nak taruk apa weh, kang ada pulak yang tanyak sambut hari jadi siapa pulak.. Saya hanya buat kek bersaiz kecil, dalam 1/2 kilo sahaja. Tetapi krim duriannya saya buat lebih kerana saya sudah jatuh cinta dengan gandingan durian dan krim semasa musim-musim crepe dulu. Tetapi sebaiknya kek ni di makan sekali habis kerana kek yang di simpan di dalam peti sejuk semalaman akan masam (bahagian krimnya). Tapi tak tahulah kalau peti ais saya yang dah tak sejuk...yang menyebabkan krim tu jadi masam.

Sebab itulah saya katakan kek ini super sedap. Bila dimakan masa sejuk, langsung tak sedar laju menyuap ke mulut.Kek yang spongy dengan krim lemak manis sangat sangat sesuai... Kawan-kawan kalau ada durian lebih-lebih boleh cuba buat kek ni tau, gerenti puas hati.

Untuk keknya saya gunakan vanilla shortcake dengan menggunakan resepi ini. Saya kongsikan juga resepi yang dikongsikan ABM untuk rujukan akan datang. Arigatoozaimas....



KEK DURIAN DELIGHT
Sumber : ABM

BAHAN BAHAN (loyang 18cm)

Kek Span Vanilla
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula halus (blender halus gula biasa)
50g minyak sayuran
150g tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking powder
100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
3 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
60g gula kastor

Cream Durian Delight
500g isi durian (dikisar)
250ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil gelatin halal
2 sudu besar air

Outer Layer Cream
100ml non-diary whipping cream
1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)

CARA CARA
Kek Span Vanilla
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.

Cream Durian Delight.
1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.

Outer Layer Cream
1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan.
(Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)

Penyediaan.
1. Belah kek kepada 3 bahagian. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya. 
3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.

Dan Bunga Pun Berkembang # 16

$
0
0

‘Apa? Ya… ya… saya balik sekarang.’ Zainab dilanda debar saat menerima panggilan dari Kak Ija yang menyatakan Qalish terjatuh dari kerusi.
‘Kenapa ni kak?’ Azura yang kebetulan lalu di hadapannya bertanya.
‘Akak kena balik sekarang ni Zura. Boss ada tak?’
“Boss keluar tadi, akak kenapa?’
‘Qalish, jatuh dari kerusi. Akak nak balik sekarang ni. Nanti Zura tolong maklumkan pada boss ya. Akak balik dulu.’
Azura memandang Zainab yang telah berlalu pergi. Langkahnya pantas. Sudah tentu dia kerisauan  menerima perkhabaran itu. Berkali-kali Azura berfikir adakah dia mampu hadapi seandainya dia di tempat Zainab. Dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup, wanita itu terlalu tabah.

Ketika Zainab sampai di rumah, Qalish sudah berhenti menangis, hanya esakannya kedengaran. Qadeer pula berwajah suram bagaikan mengerti kesakitan di alami Qalish. Zainab mengambil keputusan untuk membawa Qalish ke hospital. Dia bimbang seandainya ada kecederaan dalaman. Walaupun kerusi di dapur tidaklah setinggi mana tetapi dia tetap risau. Itu adalah amanahnya yang wajib dijaga. Qadeer dan Kak Ija dibawanya bersama. Sedang dia dalam perjalanan, Che Mat menelefon.
‘Macam mana Qalish, Nab?’ Seperti yang dimaklumi Zainab, Che Mat bertanya tentang Qalish. Ada nada risau dalam suaranya.
‘Saya on the way ke hospital ni Che Mat, nak periksa kalau ada apa-apa. Harapnya Qalish baik-baik saja.’ Zainab menjawab sambil matanya mengawasi keadaan di jalan raya. Memandang sekilas melalui cermin pandang belakang, dia melihat Qalish sudah tertidur di pangkuan Kak Ija manakala Qadeer ralit membelek buku bacaannya.
‘Nanti apa-apa bagitahu saya ya Nab.’
‘Ha ah. Saya tengah memandu ni Che Mat.’
‘Haaaa ye lah. Hati-hati bawa kereta tu.’
Begitulah Che Mat, sangat bertanggungjawab dengan kebajikan kakitangannya. Sedikit pun dia tidak pernah meminggirkan Zainab sejak dulu lagi.

Zainab menarik nafas lega setelah Doktor Jannah memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku pada Qalish. Cuma bahagian lututnya sedikit lebam. Qalish nampaknya tidak terkesan langsung dengan kemalangan yang menimpa. Anak lasak la katakan. Lasaknya sehingga mengalahkan Qadeer. Lantas ubun-ubun kedua anaknya dicium lama. Senyumnya diukir pada Kak Ija yang setia menemani. Syukur pada Tuhan kerana merahmati mereka.

Sampai di rumah, Zainab melihat kereta Che Mat terparkir di luar pagar. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tentu Che Mat ke rumahnya setelah habis kerja.
‘Dah lama Che Mat sampai?’ Zainab menegur sambil membuka pintu untuk Kak Ija yang menggendong Qadeer. Qalish yang hampir terlelap menonong ke arah Che Mat yang berdiri di tepi keretanya. Pantas memeluk lelaki itu.
‘Baru aje Nab, kebetulan ada urusan berdekatan sini, tu saya singgah.’
Zainab mengisyaratkan Che Mat untuk masuk. Che Mat pula pantas ke kerusi batu di laman mini rumahnya. Qalish yang melentok dalam pelukannya dibawa bersama. Manja sungguh Qalish dengan Che Mat.
‘Qalish jatuh ya?’ Soal Che Mat setelah mendudukkan Qalish di atas kerusi di sebelahnya.
‘Qalish panjat kerusi.’
‘Kenapa tak suruh Kak Ija angkatkan.’
‘Qalish lapar la ayah. Qalish nak makan.’
Qulp! Seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya… Inilah kali pertama Qalish memanggilnya dengan panggilan itu. Sungguh lancar kata-katanya. Che Mat terdiam seketika.
Zainab yang sedang mengeluarkan barang dari kereta memandang Qalish dengan riak mata yang terbuntang luas. Ish Qalish ni…
‘Kenapa dengan Qalish ni, umi tak ajar macam tu kan?’
‘Takpelah Nab, saya tak ada masalah pun dengan panggilan tu.’
Che Mat sebenarnya menahan perasaan di dalam hati. Kalau dulu Qasseh memanggil Zainab dengan panggilan ‘mama’, kali ini Qalish pula yang memanggilnya ayah. Apakah ini suatu tanda? Apakah ini suatu rahsia yang semakin terungkap misterinya?

*****

Che Mat termenung di meja kerja. Peristiwa beberapa hari lepas masih berlegar di minda. Panggilan ayah daripada Qalish adalah sesuatu yang tak pernah dijangka. Debarnya sama seperti dia mendengar Qasseh memanggil Zainab ‘mama’ suatu masa dulu. Dia sebenarnya merasakan sesuatu hubungan yang istimewa terjalin antaranya dan Qalish sejak dulu lagi. Berbanding Qadeer, Qalish memang rapat dengannya. Dalam segala perbuatan dia bagaikan seorang ayah yang sedang mengajar anaknya. Peristiwa itu jugalah yang membuatkan dia berfikir berulang kali tentang saranan ibunya.
Tetapi bagaimana dia harus memulakan kata? Setiap kali berhadapan dengan Zainab mulutnya bagaikan terkunci. Riak tenang wajah wanita itu bagaikan tiada apa yang berlaku. Adakah Zainab tidak berasa apa-apa? Bagaimana pula kalau dia hanya berharap sendiri? Bagaimana pula dengan penerimaan Qaishh dan Qayyum? Qasseh rasanya tiada masalah untuk menerima Zainab sebagai mama baru mereka. Emak apatah lagi, memang setuju sangat-sangat.
Pada umur begini, cinta bukan masalah utama. Che Mat hanya berfikir tentang anak-anaknya dan juga anak-anak Zainab. Menzahirkan cintanya terhadap Zainab ibarat satu tuah, tetapi yang dia mahu adalah melimpahkan kasih kepada kelima-lima mereka, termasuklah kepada Zainab. Dia yakin mampu membahagiakan mereka semua. Soalnya sekarang bagaimana dia mahu menyatakan perkara itu kepada Zainab?

Seperti mana yang dirasai Che Mat, itulah juga yang dirasai oleh Zainab. Betapa lancar Qalish menyebut perkataan ‘ayah’ bagaikan halilintar yang menyambar jiwanya. Sejak pandai berkata-kata, Qalish belum pernah menuturkannya kepada sesiapa. Zainab faham kalau anak itu mendambakan kasih seorang bapa tetapi dia tidak menyangka kepada Che Mat anaknya berkata. Sehingga saat ini dia teramat segan untuk bertentang mata dengan Che Mat. Bukan apa, bimbang di salah sangka dia yang mengajar Qalish sedemikian rupa.
Walaupun di satu masa dulu Qasseh pernah memanggilnya mama, dia tidak mahu Che Mat tahu. Itu adalah rahsianya dengan Qasseh. Kadang-kadang terasa amat ajaib sungguh percaturan Allah Yang Esa. Dengan kekurangan yang dianugerahkan kepadanya dan Che Mat, mereka sebenarnya saling melengkapi satu sama lain. Seperti juga kata Mak Mah dan Kak Aisyah, mungkin memang suratan hidupnya untuk menghabiskan sisa kehidupan bersama lelaki itu. Zainab meraut muka, melepaskan nafas yang terasa tersekat di dada… Di ketika ini dia benar-benar mengharapkan Daus ada di sisi!

Nota :
Agak lama jugak novelog ini tergendala dek kerana masa yang begitu cemburu dan idea yang sering ke laut. Alhamdulillah pada hari ini (21 September 2013) saya telah berjaya menoktahkannya ke ayat yang terakhir. Kemudian saya membuat sedikit editing sebelum menyimpannya dalam bentuk PDF. InsyaAllah saya akan berkongsikannya sedikit demi sedikit sehinggalah ke episod yang terakhir. Jika ada episod yang terlepas, boleh cari di bahagian atas blog ini. Buat kawan-kawan yang ada membaca episod sebelum ini, teruskan pengembaraan ke episod akan datang pula. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Dan Bunga Pun Berkembang # 17

$
0
0

‘Zainab!’

Zainab yang sedang memilih pakaian Qadeer menoleh sedari namanya dipanggil.

Eh… Dia seperti mengenali lelaki yang berpakaian segak dan berkaca mata itu.

Itu…. Itu Syed Hamdan!

Zainab tidak memberikan respon. Hatinya mati tiba-tiba. Inilah kali pertama dia berjumpa Syed Hamdan setelah hubungan mereka diputuskan berpuluh tahun dulu. Ternyata lelaki itu sudah terlalu banyak berubah.

‘Bonda, ingat tak Zainab?’ Syed Hamdan menarik seorang wanita separuh umur yang masih bergaya dengan abaya hitam. Cuma bezanya dulu dan kini wanita itu sudah mengenakan hijab penuh di kepala. Zainab pasti itulah Paduka Syarifah Zahrah yang pernah memberikan kata dua kepadanya. Sesungguhnya dia berdebar, sangat berdebar. Dengan pertemuan yang tidak dijangka, pantas saja kenangan lama berlegar di minda.

‘Zainab?’ Kelihatan dahinya berkerut. Barangkali cuba mengingati sesuatu.

‘Bonda dah lupa? Ini……’

‘Apa khabar puan?’ Zainab segera menghulurkan salam walaupun tidak berapa yakin yang salamnya akan bersambut. Dia tidak mahu Syed Hamdan terus mengingatkan memori silam. Kalaupun Paduka Syarifah Zahrah tidak mengenalinya, itu tidak mengapa.

‘Oh ya. Ya…makcik ingat.’ Dia menyambut huluran tangan Zainab dan menggenggamnya erat. Malah tanpa disangka wanita itu turut memeluknya. Zainab terkesima. Perilaku Paduka Syarifah Zahrah persis seorang ibu yang penyayang. Sangat berbeza dengan sikapnya yang dahulu. Alhamdulillah dia sudah berubah.

‘Maafkan makcik Nab, makcik banyak berdosa pada kamu dan Hamdan.’

‘Yang dah lepas tu usahlah dikatakan lagi puan. Alhamdulillah saya tak apa-apa. Saya bahagia sekarang.’ Sesungguhnya Zainab sudah melupakan apa yang telah berlaku. Ceritanya dengan Syed Hamdan sudah tiada dalam memori. Malah dia tidak berdendam. Matanya melilau mencari Syarifah Soffea yang tidak kelihatan di mana-mana. Dia tertanya-tanya di mana menantu pilihan Paduka Syarifah Zahrah. Dia ingin juga mengenalinya.

Syed Hamdan hanya memerhati bicara bondanya dengan Zainab. Pertemuan yang tidak disangka itu memang bisa meluruhkan jantungnya. Masakan tidak, dia tidak pernah rela dengan perpisahan mereka dulu. Puas dia merayu pada bonda agar menerima Zainab seadanya…puas juga dia berendam air mata dengan kata putus yang diberi. Dan sesungguhnya dia berharap bonda mengerti deritanya. Dan kini apabila dia melihat Zainab di depan mata, masih juga seperti Zainabnya yang dulu, dia sangat bahagia.

‘Mama, Qalish dah beli ni…’ Satu suara halus menyapa dari belakang.

‘Qadeer pun beli juga mama.’ Dua plastik berisi buku cerita ditunjukkan. Nampaknya mereka berdua dengan Kak Ija sudah selesai di kedai buku.

‘Maafkan saya puan, ini anak-anak saya Qalish dan Qadeer. Salam nenek sayang.’

Anak? Ahhhh…nampaknya Zainab sudah berkahwin.

Qalish dan Qadeer menyalami dan mencium tangan kedua insan di depannya. Masing-masing tidak takut walaupun ini kali pertama bersua muka.

‘Puan, saya terpaksa pergi dulu ya. Ada urusan yang perlu diselesaikan.’

‘Nab kalau ada masa datanglah ke rumah. Boleh kita besembang panjang lebar.’ Paduka Syarifah Zahrah memeluk Zainab sekali lagi.

‘InsyaAllah…’

Dan pertemuan itu berakhir dengan Syed Hamdan masih memandang ke arah Zainab dengan pelbagai persoalan di benaknya..


*****

Anak-anak masih belum balik dari sekolah ketika Zainab sampai di rumah. Hanya Kak Ija yang sedang mengemas menyambutnya pulang. Dia pulang awal untuk menyambut kedatangan keluarganya ke rumah, mereka kebetulan ada urusan di Kuala Lumpur. Maka sempatlah mereka anak menantu makan tengah hari bersama. Zainab memasak lauk kampung lengkap dengan sambal belacan dan segala ulaman. Kegemaran bapa mertuanya.

Puan Kamsiah dan Encik Daus sampai hampir serentak dengan kepulangan Qadeer dan Qalish dari sekolah. Suka sangatlah anak-anak berjumpa dengan atok dan nyai mereka. Dah lama juga Zainab tidak ke Johor Bahru. Jadi kedatangan mereka ke Kuala Lumpur memang sangat dinantikan.

‘Kamu sihat Nab?’ Tanya Encik Daud. Dia perasan Zainab agak kurus.

‘Alhamdulillah abah. Nab sihat aje. Cuma yalah sekarang ni sibuk sikit dekat pejabat. Anak-anak pun memerlukan perhatian lebih.’

‘Kamu kena jaga kesihatan Nab. Jangan kerja berlebih sangat. Mak risau lihatkan kamu ni. Dah semakin susut nampaknya.’

‘Janganlah mak risaukan Nab. Mak dengan abah tu yang kena jaga diri. Nab ni duduk jauh, tak boleh nak balik tengok mak selalu. Maafkan Nab ye mak, ayah.’

‘Ya lah atok, mama tu selalu kerja aja. Bila Qalish ajak jalan-jalan selalu mama kata sibuk.’ Tiba-tiba Qalish mengadu dengan atoknya. Memang Zainab akui kadang-kadang ada menolak ajakan Qalish kerana kesibukan dan penat.

Tetapi anak-anak yang masih kecil masakan memahami tanggungjawab yang digalasnya. Dengan segala daya yang dia ada, dia harus tabahkan diri menghadapi semua ini.



‘Kak Ija, minggu lepas saya terserempak dengan Syed Hamdan. Bondanya pun ada sama.’

Kak Ija yang sedang mengemas dapur ketika itu pantas berpaling kepadanya. Emak dan abah mertuanya telahpun balik ke JB petang tadi juga.

‘Macam mana dia sekarang?’

Selain emak dan ayah, Kak Ija adalah individu yang mengetahui sejah silamnya dengan Syed Hamdan.

‘Dia nampak macam tak sihat je, bondanya pun dah berubah, kalau dulu jangan harap la nak salam dengan kita yang kebanyakan ni, tapi siap dipeluknya saya.’

‘Alhamdulillah, dah berubah la tu.’

‘Saya ingatkan dah tak berjumpa dengan mereka tu.’

‘Kuasa Allah Nab, mungkin ada hikmahnya.’

‘Ha ah Kak Ija, saya pun fikir begitu juga. Bukan kita nak kenangkan cerita lama.’

‘Habis tu, Nab macam mana?’

Macam mana apa yang dimaksudkan Kak Ija?

‘Macam mana apa kak…saya ok je.’

‘Dah tua kak, tak ada nak fikir kenangan lama dah.’

Tegas Zainab lagi setelah melihat Kak Ija merenungnya.

‘Kak Ija tahu Nab…’


C@AC 5 : Moist Chocolate Cake

$
0
0
 
Aloyah agak lewat hari ini. Semalam dia tak dapat tidur. Sudah beberapa hari dia berfikir tentang kek coklat lembab. Tak tahu la kenapa, terasa sangat nak makan kek coklat dengan topping yang basah-basah gitu. Jadi hampir pukul 12 tengah malam dia bangun dan membuat kek tersebut. Dia sebenarnya tidak pernah bernasib baik bila membuat kek coklat. Ada saja yang tak kena. Kek bantat, merekah, terpahit dan bermacam lagi. Sebab itulah juga dia jarang menerima tempahan kek coklat. Kalau ada pun dia tak senang duduk nak menantikan kek tersebut siap. Pernah dulu dia buat, bila saja kek tu masak, keluar saja dari oven terjatuh ke lantai dengan loyangnya sekali. Retak seribu hatinya yang sangat-sangat ingin nak merasa kek coklat. Dia bukannya penggemar kek tetapi once dia dah rasa nak makan, dia mesti dapatkan. Itulah satu perangai buruknya. Selagi belum puas hati selagi itulah dia akan cari.

Dalam pada dia dok fikir tentang kek coklat, tangannya ligat membersihkan bilik Encik Paris. Hari ini kalau ada jodoh mereka akan bertentang mata juga. Harapnya semua baik-baik aje.

‘Aloyaa, saya mahu order muffin bole ka?’

‘Muffin? Kau nak buat Sanju? Ada birthday party ke?’

‘Bukan. Saya punya appa mahu makan. Bole ka?’

‘Boleh. Bila kau nak?’

‘Esok.’

‘Esok? Mmmm boleh la.’

Aloyah mencatat tempahan Sanju di dalam buku catatannya. Dia memang sentiasa membawa buku itu ke mana-mana sahaja. Senang dia nak update dan ingat. Minggu ini ada 3 tempahan yang perlu dibuat. Setakat muffin yang ditempah Sanju, dia boleh terima sebab tak ambil masa.

‘Aliyah, masuk bilik saya sekejap.’

Nampaknya bulan ni dapat la dia menambah tabungan hasil tempahan. Sudah terbayang-bayang di matanya akan KENWOOD Mixer 3 in 1 yang pastinya dapat mempercepatkan kerja. Walau bagai mana pun dengan harganya yang berjumlah 4 angka memaksa Aloyah untuk berusaha lebih gigih.

‘Aliyah, jumpa saya sekarang.’

Mixer mixer jugak… minit mesyuarat jabatan minggu lepas perlu di siapkan hari ini. Aloyah tenang menaip sambil melayan lagu Ombak Rindu. Eh…rasa-rasa ada orang lalu tadi. Ada orang panggil dia ke? Aloyah meneruskan kerja sambil membetulkan apa yang perlu.

‘Ada sesiapa tak tak sini bernama NUR  ALIYA BT WAHAB? Dah dua kali saya panggil ni dia pekak ke hape?’

Terdengar ada suara dari bilik bos menyergah. Tersentak. Aloyah mendongakkan kepala. Nur Aliya Bt Wahab? Itu dia. Bila pulak Encik Paris ni panggil? Dan yang paling penting bila pulak dia masuk? Aikkkk… Dengan tergopoh gapah Aloyah mengambil buku catatan pejabat dan melangkah masuk ke bilik En Paris. Kurang asam betul orang kat pejabat ni, bukannya nak bagitahu dia yang bos panggil. Kak Lin dan Kak Zetty tersenyum mengejek kepadanya. Mustaza yang baru masuk dijelingnya tajam.

Aloyah bukan apa, jarang-jarang sangat yang memanggil nama sebenarnya…tu yang dia tak perasan. Aduhhh, matilah kali ni!

‘Apa masalah awak ni sampai saya panggil dua kali pun tak boleh dengar?’

Encik Paris berkata tanpa memandang ke arahnya. Amboi, dah menunjuk bossy ye…

‘Maafkan saya Encik Paris…eh Encik Fareez. Jarang ada yang panggil nama sebenar saya.’

Alamak, macam mana boleh tersasul pulak ni…

‘Kenapa? Awak ada nama glemer yang saya tak tahu ke?’

‘Encik Fareez boleh panggil saya Aloyah saja.’

Aloyah? Ahmad Fareez yang sedang menulis sesuatu mengangkat dagu. Apa punya nama ni? Zaman millennium begini ada lagi nama old fashion. Orang kampung mana dia ni? Kesian…  Saat mata bertemu, Aloyah tidak mampu mengukirkan senyum pun. Masak…masak! Ibarat kata Kak Lin. Encik Fareez memandangnya serius tanpa senyuman. Suasana sunyi seketika.

Huh…pakai tudung macam Najwa Latif. Pengaruh tv betul budak-budak sekarang ni. Nasib baik lawa… 

‘Ada apa yang saya boleh buat untuk Encik Fareez?’

‘Lain kali tolong alert sikit ya. Jangan berkhayal aje memanjang. Buatkan saya kopi. Pekat tapi kurang gula.’

Buat kopi? Aisehman, biar betul Encik Paris ni. Aloyah ingatkan nak kena buat paperwork atau laporan. Pepagi ni kopi pulak yang dimintaknya. Banyak songeh pulak tu.

‘Kenapa? Tak tahu buat ke?’

Ewah…cakap siang pandang-pandang le bang. Dia belum kenal lagi siapa Aloyah ni.

‘Tak ada masalah Encik Fareez. Saya buat sekarang.’

‘Lepas ni tak perlu saya bagitahu la ya. Setiap pagi saya memang nak minum kopi. Jangan sampai 3 4 kali panggil baru awak nak terhegeh-hegeh.’

Buat kopi ni termasuk dalam agenda tugas hariannya ke? Seingat Aloyah dah 2 bos dia berkhidmat, belum ada satu pun yang mengarahnya supaya membuat kopi atau menyediakan minuman.

‘Baiklah Encik Fareez. InsyaAllah saya tak lupa. Saya keluar dulu.’

Ahmad Fareez memandang dengan ekor mata. Aloyah? Bibirnya mengukir senyuman. Tadi nak tergelak pun ada. Baru pertama kali bersua dah kena sergah. Kesian budak tu. Pucat je muka. Ha ha ha…

‘Apasal kau kena buat air pulak Loyah? Selalu bos mintak dengan akak je.’

‘Ye ke Kak Tipah? Asal harini dia mintak dengan saya pulak?’

‘Bos nak test kau la tu. Eh, kenapa kopi?’

‘Entah…dia yang mintak.’

‘Selalu akak buatkan dia milo suam.’

Hishhh…mesti ada apa-apa Encik Paris ni. Aloyah mula curiga. Pun begitu dia hanya menurut. Air kopi seperti yang diminta telah disiapkan. Pekat tapi kurang gula. Dia tidak tahu Aloyah memang terror membuat kopi. Kalau Abang Isa atau Anney yang minum memang bertambah. Dua biji apam nasi yang dibuatnya malam tadi turut dimasukkan ke dalam piring dan diletakkan bersama-sama ke dalam dulang lalu dibawanya masuk ke dalam bilik. Encik Paris tekun meneliti dokumen di meja.

‘Ada apa-apa lagi Encik Fareez?’

‘No thanks.’

‘Mmmmm sebelum saya lupa, petang nanti Encik Fareez ada perjumpaan dengan KJ Penilaian. Pukul 2 di bilik mesyuarat Delima.’

‘Ok ok. Sebelum tu tolong siapkan saya laporan cuti bulan lepas.’

Laporan cuti? Dah silap orang Encik Paris ni. Bab cuti Kak Zetty yang uruskan. Takpelah, dia boleh tolong ambilkan.

Mintak kopi siap dapat kuih lagi. Ni dah bagus. Ahmad Fareez segera mencicip kopi air yang disediakan. Dia memang penggemar kopi. Jarang yang dapat melepasi piawaian tahap kesedapan kopinya. Tapi yang ini nampaknya lain. Rasanya tidak seperti kopi yang biasa. Aromanya kuat. Pekat tapi kurang gula. Lulus QC! Sampai setengah cawan dihirupnya. Kuih yang ada digigit separuh. Kuih apa ni? Lembut. Satu kuning dan satu hijau. Orang Kedah ke dia ni. Tak sampai lima minit habis air kopi dan kuih yang disediakan Aloyah. Bukan sahaja dia lapar tapi ternyata kopi dan kuih tu memang sedap. Dah kenyang perut baru best nak buat kerja….

‘Macam mana hari pertama ni Loyah? Ok?’

Kak Lin yang melintasi mejanya berbisik. Oooooo tadi gelakkan aku, sekarang nak korek rahsia pulak ya.

‘Ok aje kak. Macam bos yang lain-lain jugak.’

Dia harus menjaga air muka bosnya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia bercerita tentang apa yang berlaku tetapi tak baik, mengumpat tu namanya. Dia sedaya upaya mengunci mulut. Salah satu prinsip kerja yang baik adalah menjaga maruah dan air muka bos. Dia selalu ingat pesan ayahnya.

Menginjak saja ke pukul 5, tiba masa untuk pulang. Kek coklat! Aloyah mengemas meja kerja sekali lalu. Dia tidak suka meja yang berselerak. Semua orang tahu itu. Encik Paris masih dalam pejabat. Dia baru selesai perjumpaan dengan KJ Penilaian pukul 4 tadi dia. Dan lunch ke dia? Segera Aloyah mengetuk pintu. Kelihatan Encik Paris santai dengan kemeja tanpa tali leher atau kot.

‘Encik Fareez nak apa-apa tak sebelum saya balik?’

‘No, no thanks. Awak balik la dulu. Saya ada kerja yang nak disiapkan sikit lagi.’

‘Kalau macam tu ok lah saya balik dulu.’

‘By the way Aloyah... esok jangan lupa. Errrr, belikan saya kuih sekali ya. Kuih yang tadi tu sedap.’

Beli? Banyak cantik! Aku penat mengapam malam tadi dia cakap aku beli?

‘Yes bos.’

 



Sesampainya di rumah, Aloyah mendapati Syafiza dan Badariah masih belum pulang. Punya la dia semangat nak menjamah kek coklat yang diidamkan. Setelah tudung dibuka dia bergegas ke arah peti sejuk. Hish, macam pernah nampak je muka Encik Paris tadi. Kat mana ya… Walaupun masam mencuka, serius mengalahkan Dato’ Pengarah tapi tetap terserlah kehensemannya. Uikssss. Aloyah penat berfikir. Tangan yang memegang pembuka peti sejuk tetapi belum ditarik. Dia masih cuba mengingat riak wajah Encik Paris. Sesaat kemudian dia membuka laptopnya. Tangannya lincah menekan fail external hard disk. Fail cerita Korea dan drama Boys Over Flower ditekannya. Haaaaa…serupa wajah Gu Jun Pyo dalam drama tu. Betul betul… memang iras betul dengan pelakon Korea yang nama sebenarnya adalah Lee Min Hoo. Eh eh betul la…semuanya hampir sama kecuali rambut Encik Paris yang lebih kemas. Aloyah terduduk seketika di depan laptop. Dia tak minat sangat dengan Lee Min Hoo ni. Baginya Kang Geun Suk lagi cute! Kat dalam drama tu kemain berlagak, macam Encik Paris tu jugak la. Jangan kata nak ketawa, senyum pun tidak. 



Aloyah kemudiannya ke dapur semula. Daripada memikirkan Encik Paris ataupun Lee Min Hoo atau Kang Geun Suk, lagi sedap kalau dapat menyudu kek coklat lembab yang dibasahi topping coklat. Mmmmm tak dapat dibayangkan betapa syoknya menikmati kek sejuk dalam cuaca sedikit dingin tu. Dia menarik  pintu peti sejuk ke depan. Baru saja dia membongkokkan badan untuk mengambil kek yang diletakkan di dalam pinggan, berdesup pinggan itu meluncur jatuh ke lantai. Allahuakbar! Pecah berderai pinggan kaca bercorak bunga-bunga. Aloyah terkesima melihat kek  yang berterabur di lantai. Remuk redam hatinya. Sesak nafasnya seketika. Air matanya bergenang. Ya Allah…sesungguhnya dia sangat teringin untuk makan kek coklat. Walaupun dia tidak mengidam mengandung, tetapi sesungguhnya dia mahu. Airmatanya mengalir perlahan. Sedih sungguh dia dengan insiden yang baru berlaku. Dia mengambil kain buruk untuk membersihkan sisa tumpahan. Sedih…sedih sungguh. Sukar nak diceritakan…

Restoran Mee Kari Ipoh, Ipoh

$
0
0

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kita panaskan CTS dengan n3 JJCM.


Ini kali pertama saya ke kedai makan ni yang terletak di pusat bandar Ipoh. Saya pun jarang jugak ke area ni tapi baru2 ni ada urusan di UTC jadi saya singgahlah untuk lunch. Ramai jugak budak2 yang kerja The Store dok makan di situ.


Agak banyak jugak lauk2 yang ada walaupun dalam kuantiti sedikit. Makanan pun agak sedap. Cuma saya agak keliru dengan mee karinya yang langsung tak ada lauk, hanya fishball dan fishcake saja. Saya ingatkan macam yang pernah Quinnie kongsikan dulu. Tapi kira ok lah sebab rasanya pun boleh tahan.


Kat dalam kedai pun agak bersih. Pekerjanya pun mesra dan murah dgn senyuman.


Stesen mee kari. Boleh tengok x banyak benda yang ada. Saya ada tgk orang makan versi kering... entah apa tu saya tak tahu.


Inilah mee karinya. Tak pekat sangat... berperisa dan sedap juga. ♥♥


Antara yang di makan.


Nasi + sayur + ikan air asam rebus


Menu pilihan saya. Ikan keli sambal dan sambal ubi kentang. Sedap!

Untuk harga, saya akan update kendian. Nk belek2 note dulu. Kalau ke Ipoh tu boleh la sinngah.




Resepi Ubi Kentang Panggang

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah stat jaga SPM, memang terbatas sikit nak online. Jadi saya akan cuba update secara autopublish supaya CTS tak la berehat lama sangat. Kalau ada kelapangan, insyaAllah boleh BW waktu malam. Di tempat saya mengawas tu line internet tak la elok sangat kerana keadaannya yang berbukit.

Konon2 nak buat macam Chef Hugh (River Cottage) di AFC tapi nampaknya tak menjadi. Tak menjadi pun tak apa asalkan masih boleh makan. Yang tak tahannya dah la tak menjadi, tak boleh makan pulak. Terpaksalah hidang pada cik tong. Agaknya yang saya buat ni guna ubi kentang entah apa-apa sedangkan yang Cheq Hugh buat tu guna ubi kentang berkualiti jadi hasilnya beribu kali lebih baik dari ini.


Saya ni memang suka makan ubi kentang. Kalau tak beli yang segera, boleh je dibuat sendiri dan digoreng. Tapi sesekali nak la makan yang agak lain sikit. Godek2 sana sini inilah yang terhasil. Sedap jugak dimakan dengan nugget dan sos...kalau nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni ya. Silakanlah...


UBI KENTANG PANGGANG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 biji ubi kentang sederhana - kupas kulit dan potong 6
Garam
Oregano kering (boleh ganti dengn thyme)
Lada hitam kasar
Minyak zaitun

Cara membuatnya :
Rebus ubi kentang hingga empuk. Jangan lupa campurkan sedikit garam
Bila dah empuk, masukkan ke dalam dulang tahan panas. Tuangkan sedikit minyak zaitun, oregano, lada hitam dan sedikit garam. Gaul-gaulkan hingga rata
Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 25-30 minit atau keperangan


Order : Aqil Harith & Aqil Hasif

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tempahan dari ketua unit peperiksaan, Encik Yusof untuk anak lelakinya yang sentiasa meminta kek sempena hari jadi mereka yang saling berdekatan. Jadi saya buat ke yang simple2 aje, deco pun biasa je.


Kek span vanilla dengan filling peach. Di atasnya saya sapukan filling blueberry.


Tak perasan rupanya silap tulis birthday. Haish, malu ah gini!


Moga-moga mereka sekeluarga berpuas hati lah dengan kek ni, tak menyempat nak tanyak. Semoga Aqil dan Hasif dapat menjadi anak soleh yang akan membahagiakan keluarga sentiasa. Cheq Sue sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.

Kek Span Coklat Oreo & Marshmallow

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek yang saya buat untuk makan-makan dengan bebudak 5 MPV baru-baru ini. Kek biasa2 aje pun, dah selalu buat serupa dan sepesen ini sebelum ni. Kek yang mudah dan sedap. Alhamdulillah, habis sebiji dekat 1.2 kg dikerjakan budak2 tu. Sebanyak dua adunan dibuat untuk kek ni. Ceritanya dan gambar ada saya kongsikan di sini.


Untuk kek ini, saya mencampurkan  filling oreonya dengan marshmallow. Jadi up sikit rasanya menjadi kenyal2 gittew. Saya makan pun rasa sedap, bebudak pun kata sedap. Tak tahulah kalau diorang saje menipu sebab nak ambik hati saya. Makan apa pun kalau pree memang sedap sangat, setuju tak kawan-kawan? Keratan rentas di dalamnya tak sempat pulak saya nak ambil...

 

Buat yang nak mencuba kek span coklat ni, saya letakkan semula di bawah ya. Cubalah kerana ianya sangat senang dan hasilnya pasti memuaskan.

KEK BLACK FOREST

Resepi : Sharm1969@MyR



Bahan-bahan ( Saiz 9" )
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 sk esen vanila
20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)

Untuk krimnya saya campurkan sedikit serbuk koko ke dalam whip cream yang telah mengental. Fillingnya pula saya hancurkan oreo bersama krimnya sekali dan 10 biji 
marshmallow dadu.

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit. Saya guna suhu 160'C
Sejukan kek, potong 3 lapisan. Hiaslah mengikut citarasa kita.

Hashbrown & Blackpepper Chicken Sausage Quiche

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya dah lama nak cuba buat benda alah yang namanya quiche nih. Selalu kalau skodeng DTS tu memang selalu nampak. Jadi baru2 ni kebetulan saya ada beli hashbrown jadi boleh la saya cuba resepi yang dikongsikan oleh Mieza. Oleh kerana saya menggunakan acuan tart, maka quiche yang terhasil agak nipis. Kalau tengok yang mieza buat tu cantik je jadinya.


Kalau nak diikutkan, rasanya saya ikut je resepi, tetapi agak kurang memuaskan terutama bahagian crustnya. Dengan mentega cair yang saya guna, jadi agak berminyak dan saya kena letak atas paper towel bila mengangkatnya. Mungkin jugaklah saya ada silap di mana-mana yang menyebabkannya terjadi sedemikian.

Walau bagai mana pun, dengan percubaan ini sekurang2nya saya dapat tahu bagaimana rasanya. Mungkin di lain kali saya boleh cuba semula untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Terima kasih Mieza atas perkongsian ini. Saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang.


HASHBROWN AND CHICKEN SAUSAGE QUICHE
Recipe : Mieza

3 cups frozen loose-pack shredded hash browns, thawed
2-3 chicken sausage
1/3 cup butter, melted
1 cup (4 ounces) shredded cheddar cheese
1/4 cup diced green and red pepper
1/4 cup chopped parsely
2 eggs
1/2 cup milk
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper

Directions
Press hash browns between paper towel to remove excess moisture. Press onto the bottom and up the sides of an ungreased 9" pie plate. Drizzle with butter. Bake at 425° for 25 minutes or until golden.
Combine the cheese, red and green pepper; spoon over crust. 
In a small bowl, beat eggs, milk, salt and pepper. Pour over all. Reduce heat to 350°; bake for 25-30 minutes or until a knife inserted near the center comes out clean. Let stand for 10 minutes before cutting. 

Healthy Drink

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Udah katanya pun healthy drink a.k.a minuman kesihatan...  Inilah minuman saya di saat saya merasakan perut kena berehat dan segala salur-salur dalam badan dah kena servis. Saya tak boleh minum atau makan oat begitu sahaja, jadi saya campurkan dengan beberapa bahan untuk membolehkan ianya lepas di tekak.

Umum semua mengetahui kebaikan bijirin oat yang boleh merendahkan kolestrol serta menjadi alternatif kepada nasi. Cuma bagi saya belum sampai tahap itulah, setakat minum untuk sarapan saya ok lagi, tapi kalau kena makan hari2 aiiiii boleh kurus keding lah saya gamaknya.


Inilah ghupe minuman yang telah siap. Nampak agak kecoklatan sebab saya masukkan milo. Kalau tak nak bubuh pun tak apa. Minuman ni sedap diminum semasa masih suam. Bila dah sejuk agak sukar sikit nak telan kerana rasanya yang agak berkanji dan gummy tu. Pada sesiapa yang tak biasa minum oat dan berhajat nak cuba, bolehlah buat minuman ni. Saya kongsikan resepinya di bawah ni

HEALTHY DRINK
Resepi : Cheq Sue

2 sb oat
3 sb nestum original
2 sb milo / oligo (optional)
2 sb susu Omega
1 c air panas (mendidih) +-

Tuang semua bahan ke dalam gelas / mug
Masukkan air panas dan kacau hingga semuanya larut
Biarkan oat kembang seketika sebelum diminum

Pantai Melawi, Bachok

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Percutian yang tidak dirancang. Dok membebel nak pergi ke tempat lain tetapi lain yang sampai. Semasa balik bercuti Deepavali baru-baru ini, saya kononnya nak ke PD tapi fikir2 malas nak drive through highway. Jadi tukar ke Tasik Kenyir. Jeles dengan kawan sekolah yang ke sana sebelum ni. Tapi kata kawan yang asal Terengganu, Jalan Aring-Gua Musang rosak agak teruk. Maka tak jadilah saya ke Tasik Kenyir.

Kemudian saya fikir elok jugak kalau menziarah Mak dan Abah di Benta, kemudian baru balik ke Kelantan, tapi tak jadi jugak kerana cuti yang agak panjang, tak sampai hati nak tidur semalaman aje... Jadi dalam perjalanan balik ke Kelantan, terdetik di hati untuk tidur di tepi pantai. Maka Mok Ja segera menelefon chalet tempat dia pernah menginap di Pantai Melawi dulu. Begitu begini rancangannya, yang jadi adalah bercuti di negeri sendiri iaitu di Pantai Melawi....


Saya sebenarnya baru sekali ke Melawi, seingatnya zaman-zaman sekolah rendah dulu. Jadi dengan panduan jalan yang diberikan Mok Ja, saya memandu terus ke Bachok / Melawi. Sempat jugak sesat sampai jalan ke Peringat. Kebetulan masa nak pergi tu, Pak Nik (pemilik chalet) kata tak ada bilik (ekon) kosong, yang ada bilik kipas, tapi bila sampai ada pulak bilik kosong. Satu malam hanya RM50, bilik kipas RM 40 dan bilik ekon 2 katil pula RM65. Pergggghhhhh, kemain murah. Nak duduk seminggu pun no hal lah.

Yang bagusnya di Pak Nik Chalet ni adalah tempatnya berdekatan pantai serta kawasan lapang yang tidak semak. Sesuai kalau nak bawak budak-budak. Dengan Pantai Melawi yang berpasir halus dan landai, memang sesuai sangat nak buat family day. Saya ke sana berempat, sewa 1 bilik dengan Mok Ja, Faiz dan Naim.


Layan ajelah gambar yang dapat dikongsi... Masa ni baru sampai, lepak tepi pantai sambil snap sana-sini padahal dalam hati dah tak sabar nak menjejak gigi air.


Naim kata jom buat bintang. Hish budak-budak sekarang. Sempat jugak buat gyomi love di situ. Huarghhh...


Sesekali layan perasaan melihat binatang yang datang ke chalet. Ada ayam api-api, kucing dan burung gembala kerbau.


Ada juga di kawasan berdekatan tempat memproses ikan kering. Syoknya kalau boleh makan dengan pulut gaul kelapa.


Nama dan bolanya. Ada gaya nak jadi pemain bola profesional tak?


Mok Ja dan anak-anak saudaranya. Saya hanya menumpang kasih -_-


Konon nak tengok sunrise tapi terlindung dek awan tebal. Cuaca agak mendung pagi tu, jadi tak nampak sangat mentari. Nian sungguh pepagi tu kan..
 

Nampak seorang pak cik ni nak pergi menjala. Beginilah rutin hidup di tepi pantai, menjala barangkali ntuk kegunaan sendiri. Dari riak ombak bergelora, dia tahu saat dan ketika untuk menebarkan jala.


Ini pulak dipersekitaran chalet. Kalau saja-saja datang berkhelah di situ, satu kereta bayar RM5, motor RM1. Bagus jugak dibuat begini kerana kawalan pantai adalah persendirian.  Aktiviti yang dot dot dot tu pun tak ada...bila malam tengok ada orang meronda tepi pantai. Kebersihan pun terjaga.

Kalau ada sesape yang nak ke Melawi tu, bolehlah hubungi no yang ada dalam gambar di atas, rasai pulak pengalaman tidur di tepi pantai. Memang syiokk!

" Saya Tunggu Awak "

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

  
Sungguh. Ramai rakan-rakan saya yang belum bertemu jodoh meluahkan kerisauan mereka. Jujur, mereka akui adakalanya cemburu melanda tatkala melihat ramai sahabat dan kenalan sudah berkeluarga. Punya pasangan untuk saling berpegangan tangan, punya cahaya mata untuk bergurau senda. Lalu, mereka jadi tertanya-tanya bilakah akan sampainya giliran mereka?

Perjalanan hidup saya menyaksikan jerih perih mereka melawan tekanan. Bukan sekadar dari diri sendiri, bahkan lebih menyesakkan hati bila terpaksa berdepan dengan soalan dan asakan dari keluarga dan kenalan.
“Bila nak kahwin?” “Bila lagi nak makan nasi minyak?”.
Itu belum lagi termasuk soalan-soalan berbaur sindiran.
“Kenapalah yang memilih sangat ni?” “Siapa suruh letak hantaran mahal-mahal?”
Aduhai.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wahai sahabat-sahabatku yang baik,
Kalau ada dari kalangan kita yang masih belum berumahtangga, jangan ditanya-tanya andai kita tidak punya niat mahu mengusahakan jodohnya. Doakan sahaja. Soalan-soalan kita adakalanya hanya menambah tekanan buat mereka.

Kalau ada pula sahabat yang sedang membaca ini masih belum bertemu jodoh, bersabarlah kerana perjalananmu masih jauh. Kalau Allah masih mahu kita bersabar, tidak perlu kita terkejar-kejar. Sebenarnya, Allah sudah memberitahu dengan jelas bahawa sebaik sahaja manusia diciptakan, segala perkara mengenai kita sudah pun berada di dalam genggaman-Nya. Soal jodoh, rezeki, hidup dan mati semuanya sudah tertulis. Sebab itu, biar apa pun cakap-cakap orang tentang jodoh kita, tak sepatutnya buat kita berduka. Yang penting, kita berusaha dan terus yakin bahawa apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. 


Percayalah.. 

Alam rumahtangga ni, macam air tasik. Nampak tenang dan cantik, tapi sebenarnya, kita tak tau apa yang ada kat dalam tu. Walaupun orang yang dah terjun ke dalamnya pun, masih banyak yang mereka tak tahu. Ada indahnya. Ada bahayanya. Sebab itu, kita tak boleh tergesa-gesa. Kena yakin pada takdir. Kena yakin bahawa Allah akan lepaskan kita ke dalam tu bila kita betul-betul dah sedia.

Insya-Allah.. Kalau dah jodoh takkan ke mana.. Enjoy the shortfilm - SAYA TUNGGU AWAK.

Temui penulisnya di FB : Bonda Nor.

Asam Pedas Johor (Ikan Merah)

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni tak berapa suka makan asam pedas. Nak memasaknya memang saya tak pandai. Kalau di kampung, sebulan sekali pun belum tentu saya masak. Dok di sini sesekali beralih selera ada la jugak saya buat, tapi dengan resepi caca marba saya tu lah. Kalau di Kelantan, asam pedasnya memang berbeza sangat, lebih kepada singgang pedas. Kalau yang masaknya begini agak kurang laku di rumah.


Tapi kebetulan saya beli sekeping ikan merah di TESCO (sampai pekerja tu dua kali tanya cukup ke tidak) terus saya terfikir nak buat. Cadangnya nak masak merah atau sup tapi dah selalu sangat. Jadi berdasarkan resepi DTS, saya buatlah asam pedas kosong. Hanya ada daun kesum dan bunga kantan sahaja. Kalau ada bendi alangkah sedapnya lagi asam pedas ni. Sedap jugak dimakan dengan nasi panas. Ada belen sikit saya bawa bekal ke sekolah.

Apapun, TQ pada Che Mat yang berkongsi. Saya copy semula resepi di sini untuk rujukan akan datang.

ASAM PEDAS JOHOR (IKAN MERAH)
Resepi : DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang, anggaran 3 ekor
1 biji terung biru
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
1 1/4 cawan cili kisar
Garam dan gula 

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas'
2 keling hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan disiang, kerat sederhana besar, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 dan potongh serong setiap belahan, rendam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tumis hingga cili garing, guna api perlahan. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan dan terung, kacau rata dan tuang jus asam jawa, masukkan daun kesom. Bila mendidih, rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut dan ikan masak. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....




C@AC 6 : Nasi Lobak Merah & The Gang

$
0
0

 Syafiza dah bangun? Eh, ini satu keajaiban. Selalunya kalau tak pukul 12 tak adanya dia keluar dari sarang. Mengigau agaknya ni. Aloyah pula meneruskan rutinnya seperti biasa. Hujung minggu baginya seperti hari-hari kerja. Seusai sembahyang Subuh, dia tidak boleh lagi melelapkan mata. Hajatnya mahu update blog dan membasuh kereta. Badariah tiada di rumah, tidur di hotel bersama keluarganya yang datang melancong.
‘Awal lak kau bangun Fiza.’
‘Aku ada kerja sikit ni.’
Kerja apa pulak budak Fiza ni? Prasekolah tutup di hujung minggu.
‘Semalam ada baju baru aku tak sempat nak tengok.’
Allah, kalau kerja tu kerja perabih duit namanya. Tak lain nak tengok baju di FB Iena Collectionla tu. Syafiza mahupun Badariah memang suka membeli baju kurung di laman web tersebut. Murah katanya. Ye lah, keduanya bekerja di sektor kerajaan, mesti selalu anggun dan bertukar-tukar baju. Takkan cikgu aje yang nak melawa. Kakitangan sokongan pun apa kurang. Tak macam Aloyah, dia senang menjahit sendiri pakaiannya.
‘Ada baju cantik ke?’
‘Ada la ni. Dia baru upload 1 album. Bada dah tengok semalam. Sampai 4 pasang dia order.’
4 pasang? Itu dah 200 lebih harganya. Tak sayang duit sungguh si Bada ni.
‘Habis kau berapa pasang berkenan?’
‘Aku belum habis tengok lagi ni. Macam berkenan je semua.’
‘Kau nak menyopping tu kena agak-agak jugak weh, kang tak sempat nak tunggu gaji bulan depan, sudahnya aku jugak yang kau cari.’
‘Takpe, pinjaman takde interest, aku tak risau!’
‘Kalau kau shot bulan ni aku takleh nak tolong tau. Aku dah order bread maker dengan Kak Lin.’
‘Lor, baru aje nak isi borang pinjam. Kalau macam tu takleh beli banyak la dalam album ni.’
‘Baju dah tak muat almari, lagi nak beli. Entah hape-hape la korang ni.’
‘Ye lah, aku order sikit aje ni.’
‘Berapa?’
‘Dua pasang aje…’
Eh, dalam tak ada duit tu terbang jugak seratus lebih. Fiza, Fiza. Nasib baiklah dia tidak terpengaruh dengan belian online baju-baju macam tu. Tapi janganlah tunjuk barang-barang dapur. Periuk ke, pinggan Corelle ke, Pyrex ke, silicon mould ke…aduh, berpinar biji matanya nanti.
‘Apa projek lunch kita ni?’
‘Aku ada beli daging, Pak Mat jual dekat sekolah, kau ada nak buat apa-apa ke?’
‘Aku rasa macam nak buat nasi tumis. Daging tu boleh buat lauk.’
‘Nasi tumis tu camana? Kau tahu masak opor? Aku ada dengar makcik kantin tu sembang. Kita buat tu nak?’
‘Nasi tumis tu macam nasi beriani la. Tapi aku nak buat nasi lobak merah. Beras basmathi pun ada lagi satu kilo. Kalau kita buat semua pun boleh bagi pada Mus sikit.’
‘Aku boleh tolong. Lagipun Mail dengan Abang Leman tak balik minggu ni. Boleh la kita habiskan stok daging tu. Apa benda lagi yang tak ada?’
‘Semua aku dah beli dah. Santan kotak pun ada lagi. Cuba kau Google resepi opor tu.’
Sekarang ni jangan risau. Antara rajin dengan malas aje. Kalau tak tahu masak pun tak apa. berlambak resepi di dalam internet yang boleh dicuba dan dijadikan panduan. Kalau susah-susah Google aje aloyahcafe@blogspot.com. Sanju dan Kak Tipah pernah juga menyelongkar blog kesayangan Aloyah tu.
‘Ni haa ada banyak… kita cuba yang ini lah, macam senang je cara-caranya.’
‘Aku nak basuh kereta dulu jap. Kesian boyfriend aku tu dah 2 minggu tak mandi. Kau print la dulu resepi tu, fahamkan cara-cara nak membuatnya. Tau!’
‘Tumpang basuh motor aku sekali eh.’
‘Tak payah… Tak kuasa la aku.’
Syafiza hanya merengus sambil menyambung aktivitinya di facebook. Baru pukul 9.30. Nak masak lunch awal lagi. Nak tidur pun tak leh dah... ^__^
Aduhh…dah macam kereta site engineer dah SWIFT Aloyah ni. Dah la warna hitam, memang cepat nampak debu-debu dan kekotoran yang melekat. Walaupun perjalanan kereta itu hanya dari rumah ke tempat kerja, sesekali ke Ipoh tetapi dengan cuaca yang tidak menentu memang cepat keretanya kusam. Kalau rajin setiap minggu dia akan cuci kereta, kalau tak jadi macam ni lah.
Aloyah mula menyabun keretanya sambil mendengar lagu K-Pop melalui earphone. Pagi yang masih berhawa dingin bertambah sejuk bila terkena air.
‘Ppagi basuh keto doh teh.’
Terdengar satu suara menegur dari rumah sebelah. Kalau cakap Kelantan tu tak lain dah. Aloyah tersenyum kepada Mail yang sedang menjemur kain. Rajin pulak budak tu basuh kain pagi-pagi ni.
‘Kereta kita dah lama tak mandi.’
‘Tupe basuh keto kito la atek.’
‘Kau beli kereta tu dulu Mail baru boleh aku tolong basuhkan.’
‘Nati la Loyah, kito beli. Buke setakat keto, keto keba pun kito beli.’
Macam-macam saja Mail ni. Kadang-kadang Aloyah tak faham pun apa yang dicakapnya. Kalau kena perkataan Kelantan yang dia tak pernah dengar, dia hanya mampu senyum saja. Sedang dia melayan Mail, sebuah kereta merah memarkir di hadapan rumah.
Aloyah memandang.
‘Hoh, sapa doh. Mari, mari masuk. Muh, Muh, saing demo sapa doh ni.’
Aloyah berpura-pura memberus kereta sambil matanya tak lepas memandang ke rumah sebelah. Agaknya penyewa baru kot. Mustaza pernah memberitahu kekosongan satu bilik di rumah itu. Eh…macam kenal aje. Tubuh tinggi lampai, berjalan lagak seorang model tu memang dia kenal sangat. Itu bukan ke Encik Paris? Dia menyewa kat sini? Nak pulak dia duduk di rumah murah macam ni.
‘Oi, basuh kereta ke skodeng rumah sebelah?’
‘Syhhhh… kau ni mulut tempayan sungguh.’
‘J kenapa?’
‘Bos aku. Aku rasa dia menyewa rumah sebelah.’
‘Mana? Mana aku nak tengok. Hensem tak orangnya?’
‘Itu pulak yang difikirnya. Segan la aku kalau dia kat sebelah ni. Dah tak dapat kita nak bergelak bagai.’
‘Tak adanya diorang nak dengar apa yang kita buat. Kau dah siap ke belum. Jom la masak aku dah lapar ni.’
‘Nak makan aje kerjanya…’
Kereta yang telah siap dibasuh dibuka semua pintu. Biar masuk angin sikit, kasi kering semua kelembapan.
Aloyah menyertai Syafiza yang siap sedia di dapur.
‘Kau tolong sagat carrot tu.lepas tu basuh beras. Nanti kena sukat tau, nak bajet air dengan susu.’
Amboi, siap dengan apron lagi si Fiza ni. Nampak sangat la jarang ke dapur.
‘Jangan risau, aku dah baca resepi ni tadi. Dah faham.’



Aloyah menghiris daging nipis-nipis. Dia nak sediakan opor daging dulu kerana masanya lebih lama untuk memastikan daging benar-benar empuk dan sebati dengan rempah. Resepi daripada Kak Hanieliza memang menjadi biasanya. Kerisik tak ada la pulak. Mmmm tak payah bubuh la. Tak apa kot satu bahan tak ada. Kalau nak mencukupkan semuanya seperti di dalam resepi alamat lambat lagi la nak jadi opor daging ni.
Mula-mula ditumisnya dulu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Setelah naik bau dimasukkan pula bahan mesin yang terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia,  lengkuas dan serai. Memang semerbak baunya. Fiza yang sedang menyiapkan bahan nasi turut mengendap ke dalam kuali opor Aloyah. Aloyah hanya tersenyum dengan gelagat Fiza. Gadis itu kadang-kala menjadi penyeri hari-harinya. Tak lama kemudian, kepingan nipis daging dimasukkan. Aloyah mengecilkan api dan membiarkan daging merenih. Dah agak-agak daging hampir empuk, santan, asam keping, gula dan garam pula dimasukkan. Sekarang tinggal kacau je sekali sekali sehingga daging betul-betul empuk.

Ø  Masok gapo ni weh, sedak bau pah ko rumoh ambo

Syafiza menunjukkan sms yang dihantar oleh Ismail. Kan dah kata, memang semerbak baunya. Tu belum masak. Silap haribulan dah siap masak nanti dihulurnya pinggan nasi ke rumah, macam dalam iklan nasi goreng dulu. Aloyah tersenyum.

Ø  Tak masak apa-apa pun, agaknya mamak kat depan tu tengah masak kari

o   Huk aloh, kito baru nak mitok sikit. Lapa cerot dah ni.

Ø  Pergi la makan kat kedai

o   Kalu buleh make pree buleh jimat sikik

Ø  Kedekut :x


Aloyah meneruskan dengan nasi pula. Syafiza disuruhnya memotong kobis, carrot dan nenas untuk dibuat acar mentah. Barulah lengkap hidangan nasi tumis tu dengan geng-gengnya. Nak membuat nasi lobak merah ni bukannya susah pun. Tumis bahan tumbuk dan daun pandan lepas tu masukkan rempah kurma. Tambah air ikut sukatan beras, garam, gula, kiub ayam dan susu cair sebelum masukkan lobak merah serta beras. Lepas tu tanaklah macam biasa. Cuma untuk resepi nasi yang menggunakan beras basmathi, Aloyah biasanya mengikut keseluruhan resepi kerana dia tidak biasa menggunakan beras tersebut. Kalau suka-suka ikut sukatan sendiri nanti masalah. Nasi mentah, nasi lembik. Kadang-kadang terhangit pun ada. Ter…ok, ter, tu maksudnya tak disengajakan. Harapnya resepi yang dikongsikan Kak Nor ni menjadi.
Sementara menunggu nasi masak Aloyah menggoreng papadom. Waduh waduh, kemain special lunch hari ni. Tak sah kalau makan tak bertambah. Hampir 1 jam 30 minit di dapur, keseluruhan hidangan sudah siap. Aloyah menyiapkan hidangan untuk dua orang selebihnya dimasukkan ke dalam bekas dan plastik untuk dihantar ke rumah sebelah. Dia tidak suka makan untuk kali kedua. Kalau lapar kemudian nanti dia akan fikirkan nak masak apa pula.
Syafiza menghantar ke rumah sebelah. Melalui pagar je sebenarnya. Ismail apa lagi, tersenyum lebar la dia dapat makan free. Kan bertuah berjiran dengan orang yang suka masak…betul tak?

Ø  Tq nasi tu. Sedap smpi x cukup

o   Sama. Rezeki korang

Ø  Bos memula xmo mkn tapi at last dia yg menambah dulu

o   Knp pulak

Ø  Dia tu blh thn memilih jgk. Mcm2 disoalnya aku sblm mkn

o   Cerewet kemain

Ø  Aku x

o   Kau tolak batu dgn kayu aje

Ø  Lain kali kalau ada lg jgn lupakan kami pulak
 

Black Forest Cheese Cake

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejak kebelakangan ni, selera terhadap cheese cake memang tinggi. Dalam tidur terbayang-bayang kata orang. Stok cream cheese memang sentiasa ada. Bila saja terasa nak makan, terus boleh cari resepi dan buat. Tetapi black forest cheese cake ni bukanlah yang saya idam-idamkan untuk dirasa. Saya sebenarnya ada salin satu resepi BFCC tetapi belum berniat untuk mencuba.

Nak kata macam mana ya? Saya ada buat satu kek span coklat, tetapi menggunakan loyang yang agak besar untuk satu adunan. Jadi seperti yang boleh dilihat ianya agak nipis dan tidak sesuai untuk di hias. Puas jugak saya fikir nak buat apa dengannya. Lepak dalam peti ais dua malam, jadi nak tak nak memang saya kena buat sebelum ianya rosak dan terpaksa dibuang.


Jadi saya belilah satu tin Royal Blueberry yang digunakan untuk membuat filling tart. Dengan berpandukan resepi yang saya dah salin, saya ubahlah ikut suka untuk menjadikannya BFCC. Untuk resepi cheese cake saya menggunakan resepi strawberry CC dari DTS. Itu merupakan salah satu resepi yang saya dok lama ushar, nak membuatnya yang tak berseru lagi kerana menggunakan cream cheese yang agak banyak.

Tetapi kali ini, pejam sebelah mata dan buat ikut resepi memandangkan kek coklatnya pun agak banyak juga. Saya meggunakan springform 10" untuk resepi ini. Memang puas hati sangat-sangat.


Bila nak masukkan ke dalam loyang, patutnya saya lapiskan dulu dengan filling Royal Blueberry tetapi saya LUPA! Terus saja saya tuang adunan cream cheese ke dalam loyang. Adoyaiii.... nak tak nak terpaksalah saya masukkan filling dari atas, sebab itulah nampak kedudukannya yang tidak sama rata. Itulah silapnya...

Daripada kek yang terhasil saya mendapati bahagian tengahnya masih agak lembik (tak beku/mengeras sepenuhnya) sedangkan di bahagian tepinya elok. Bila difikir balik mustahil jika tak cukup masa memasak kerana saya membakarnya lebih kurang 2 jam (double boiler). Barangkali resepi yang dinyatakan ni tak sesuai dengan base kek (Che Mat membuatnya begitu sahaja, tanpa base).

Walaupun begitu, kek ni masih boleh di makan, kiranya ia gabungan baked dan chilled lah. Yang di tengah kena pakai sudu. Makan masa sejuk-sejuk dah hilang yang tak berapa nak jadi tu. Kek ni lebih sedap setelah semalam dalam peti sejuk. Minta ampun ya Che Mat... Saya copy semula resepi untuk rujukan akan datang.


STRAWBERRY CHEESECAKE
Resepi : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)

BAHAN HIASAN ATAS KEK :-)
350 gram strawberry segar
Gula ikut tahap kemanisan (mat guna dalam 2 camca besar)
1/2 cawan air
1 camca teh jus lemon (optional)

Untuk base ke coklat, saya gunakan resepi ini.

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 3/4 cawan. Bakar selama 1 jam 15 minit, atau hingga masak.
Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias mengikut krativiti anda... 

UNTUK HIASAN ATAS KEK KEJU :- Masak semua bahan2 untuk hiasan dengan api sederhana hingga larut. Sejukkan dan boleh sapu atas kek tadi sebelum dihias
 

Pusing-Pusing Kampung Orang

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya anak kampung... datang dari kampung... membesar di kampung. Kenangan selama 18 tahun, sebelum mula keluar ke tempat lain untuk menuntut ilmu dan berkerja. Apa-apa sahaja yang berkaitan kampung sangat dekat di jiwa saya. Balik baru ni saya tidur semalam di Kok Lanas, jadi jom tengok perkongsian semasa raound-roun kampung di petang hari...


Burung-burung bertenggek di dahan pokok mati. Tengah nak cari port untuk tidur gamaknya.


Nampak tak titik2 hitam tu? Itu merupakan sekumpulan burung yang berterbangan. Menarik sangat tapi tak dapat gambar sharp sebab snap dari atas motor yang bergerak


Sunset kononnya. Dah menjelang senja, hampir Maghrib.


Pakcik ni pun dah bawa lembunya balik. Senyum je bila saya snap gambar dia.


Naik motor.. suka la sangat.


Kelapa ditebuk tupai? Hurmmm...


Keladi bunting... comel!

Cekodok Pisang Kembung Kak Besah

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memalukan sungguh... buat cekodok pisang pun nak berpandukan resepi. Ish, jangan fikir macam tu. Kalau sayalah secara peribadinya bila goreng cekodok pisang, tak pernah jadi kembung seperti ni. Biasanya berminyak dan penyek. Dengan resepi perkongsian Kak Besah yang sudah lama bergelumang bersilat berkecah di dapur, akhirnya berjaya menghasilkan cekodok pisang yang sangat elok kejadiannya. Jadi janganlah kita fikir negatif. Setiap yang dikongsikan tu ada gunanya yang tersendiri. Betul tak?

Kebetulan dalam peti ais, memang ada stok pisang lenyek yang saya bawa dari kampung lepas Aidiladha lalu. Dok fikir2 jemu eh asyik buat kek pisang, jadi saya teringatkan resepi ni dan membuat separuh adunan.


Untuk memasukkan adunan pisang ke dalam minyak, saya menggunakan scoop aiskrim, sebab itulah bulatnya jadi agak comel dan sama rata. Kalau tak sah ada yang kecil ada yang besar gitu. Hi hi hi... Daripada gambar tu pun kita boleh tengok ianya tidak berminyak dan lebih kurang sama dengan yang dijual di gerai-gerai.

Buat Kak Besah, terima kasih kerana sudi berkongsikan resepi ni dengan orang seperti saya. Saya copy semula resepinya dibawah untuk rujukan akan datang.

CEKODOK PISANG KEMBUNG KAKBESAH
Resepi : KakBesah @MyR

Bahan-bahan (2 piring penuh)
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

 

Kerabu Telur Masin

$
0
0
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila terpandangkan Kak Ros upload n3 ni terus saya teringatkan baki telur masin yang saya bawa dari kampung sejak Ramadan yang lalu. Jadi saya pun rebuslah 2 biji untuk sama mencuba resepi tersebut. Bila kata sahaja kerabu, memang ianya salah satu pembuka selera. Dengan bau masam limaunya, serai, bunga kantan tak sah kalau makan tak bertambah. Daripada resepi yang dinyatakan ianya lebih kurang sama dengan kerabu telur dadar.

Oleh sebab saya plan nak makan begitu sahaja, maka saya tambahkan separuh timun batang (dadu) ke dalamnya. Cuma ralat jugaklah bila dah siap, saya hanya boleh makan bahagian telur kuningnya kerana bahagian putih tu TERSANGATlah masin, barangkali kerana terlalu lama dalam rendaman air garam.

In sha Allah, lain kali boleh cuba dengan telur masin fresh pulak. Sedih jugak bila terpaksa membuang sisa yang tidak dapat dimakan tu. Apapun TQ Kak Ros kerana berkongsikan resepi ni.



KERABU TELUR MASIN
Resepi : Kak Rostina

Bahan2 :
Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)
1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) - terpulang la kepedasan masing2
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

Caranya :
1. Mula2 masukkan bawang, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar.
2. Tambahkan jus limau kasturi & gula.
3. Gaul sebati.
4. Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
5. Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
6. Sedia dihidang.

#Tak yah letak garam 

Viewing all 710 articles
Browse latest View live