Semasa tidur di Kok Lanas, ada beberapa biji buah kuini yang gugur dari pokok di depan rumah. Selain dimakan begitu sahaja, buah kuini juga sedap dijadikan sambal. Jadi bila dah ada, dengan buah yang sangat elok, saya godek-godek untuk dibuat sambal. Saya memang tak boleh makan pedas, jadi sambal saya ni tak berupa langsung lah... dan saya buat pun mengikut kesesuaian saya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Yang sedapnya sambal ni kerana manis dan masam buah kuini tu. Kalau tang pedas nya tu saya awal-awal dah tolak. Pekena dengan nasi dan ikan goreng memang sedap sangatlah sampai bertambah. Dengan dua biji kuini yang dijadikan sambal tu, semuanya berselera semasa makan tengah hari.
Bila dah siap, nampak bersungguh sambal ni berposing dalam lesung. Barulah autenthic kan, sambal dengan lesung. Jadi kalau ada yang nak cuba buat saya tuliskan resepi di bawah ni... Juga untuk rujukan masa akan datang.
Image may be NSFW. Clik here to view.
SAMBAL BELACAN BUAH KUINI
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
2 biji buah kuini - cincang kasar
2 biji cili merah
2 biji cili padi (jika nak pedas boleh lebihkan)
1" belacan
2 biji tomato (saiz kecil) potong dadu
Gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
Tumbuk cili merah dan cili padi hingga agak lumat
Kemudian masukkan belacan, tumbuk lagi
Bila sudah lumat, masukkan buah kuini dan tomato, tumbuk-tumbuk sedikit
Siapa orang Pasir Puteh, sila angkat tangan! Ewahhhh... ramai rupanya ya yang sedaerah dengan saya. Meh saya nak kongsikan keindahan daerah saya dengan anda semua. Pasar malam Sabtu. Seperti namanya, ia di buat pada hari Sabtu, bermula lima petang sehingga 10 malam. Lebih kurang pasar minggu (Khamis) tetapi di pasar Sabtu kedainya tak berapa banyak. Lokasi pasar malam ni adalah di Jalan Tengku Razak, hadapan SK (L) Pasir Puteh. Berdekatan dengannya adalah Ekonjaya dan Taman Tengku Anis.
Jom-jom kita tengok gambar yang sempat saya snap semasa berkunjung ke sana baru-baru ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Murtabak. Setakat ni tak ada yag terbaik kecuali murtabak Kelantan. Dengan kuah pinknya memang sedap. Harga dalam RM2.50 aje. Penuh dengan isi dan perisa. Lemak pun banyak! Sesekali balik inilah yang saya tuju dulu.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut mencari rezeki. Saya pernah dengar dalam ceramah. Katanya ini bukan meminta sedekah tetapi lebih kepada kita membayar atas perkhidmatan yang diberikan. Sesekali kalau layan abang ni menyanyi, memang asyik. Suara dia pun sedap, kadang2 rasa sayu je. Jadi kalau korang jumpa OKU buat persembahan macam ni, bagilah seringgit dua. Penat dia hiburkan kita... Untungnya dia kerana dikurniakan Allah kemahiran bermain muzik yang tiada pada orang sempurna.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ini kalau bawak Anisa atau Amar memang suka sangat. Belon dan belon buih. Baiknya jangan bawa budak-budak. Sebiji belon tu saya ingat lima enam ringgit jugak. Kalau tahan lama tak apa, ini main dua tiga minit dah mengecut. Membazir!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kebetulan masa saya pergi tu tengah musim final bola, TRW dan Pahang. Ada pulak pakcik ni jual vuvuzela (betul ke eja??). Satu tu RM5, bunyi memang kuat sangat wehhhh...menusuk ke dalam hati perut. Kalau tengak syok memang boleh melompat dibuatnya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kuetiaw, mee dan nasi goreng dalam kuali besar. Suka tengok budak ni masak. Selain hensem, memang dekat lah dengan jiwa. Cara dia menumis, masuk itu ini memang berair mulut kalau saya tengok. Bau jangan cerita, memang sedap. Satu bungkus tu dalam RM2.50 - RM3 sahaja. Jangan tak percaya budak2 lelaki ni kalau masak boleh tahan sedap jugak tau!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ayam percik untuk di jual begitu sahaja dan digandingkan dengan nasi kerabu. Kipas guna kipas elektrik, tak mainlah guna tangan ni, bila nak masak kan? Tak tahulah berapa banyak ayam yang diorang buat satu-satu masa. Lalu sini ambil bau je, macam P.Ramlee dalam cerita 3 Abdul. Errkkkk....
Image may be NSFW. Clik here to view.
Udang galah pun ada juga. Untah berapa ringgit sepinggan ni tak tahu. Sedapnya kalau dibuat kerutup. Kalau dekat sini ada la lima enam puluh ringgit sekilo.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Wanita Kelantan yang sinonim dengan berniaga. Pergilah ke mana-mana, kelibat wanita memang ada menjual. Seperti makcik ni, rilek je menjual kacang, ubi dan jering rebus. Tu, yang satu lagi kat tepi tu korang tahu tak apa benda? Jom ke gambar seterusnya...
Image may be NSFW. Clik here to view.
Inilah yang dinamakan BUAH PERAH. Saya dah lama tak jumpa buah ni. Yang dijual ni barangkali sudah di rebus. Agaknya ni tengah musim, ada beberapa tempat lagi yang turut sama menjual buah ni. Kalau nak lebih pasti lagi boleh search di Google. Kalau dibelah Pahang, orang buat asam rong dan dimasak bersama ikan. Sekali tengok nampak macam buah getah pun ada.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bila ke pasar malam, boleh tengok macam2 yang orang niagakan. Macam abang ni ha, jual polish kereta je. Bercakap tak berhenti sambil menggosok badan kereta yang telah terpisah. Nampak macam menjadi, bersinar-sinar tempat yang digosoknya. Tapi dengan saya yang malas piang nak menenyeh membasuh kereta, abaikan ajelah..
Image may be NSFW. Clik here to view.
Selain buah-buah import, buah-buah tempatan juga masih menjadi pilihan. Buah duku / dokong ni contohnya, tak tahulah datang dari mana. Kebanyakan tempat dah habis tapi di sini masih ada. Barangkali datang dari Siam. Seketika singgah di sini suka dengan gelagatnya yang berteriak melawan gerai sebelah untuk meningkatkan jualan buah masing-masing.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ikan kering pun ada. Sedap dimakan dengan pulut. Masa hujan inilah menu pilihan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Di jalan paling hujung, ada pakcik menjual ikan hiasan. Bila tengok yang bergantungan ni suka nak beli tapi bila fikirkan kesibukan dan tak ada masa, silap haribulan sampai di CH dan menemui ajal. Jadi sembang2 dengan pak cik tu dia senyum je dengar bebelan saya. Di sini ada ikan keli albino dan udang galah. Kalau taknak pelihara masuk aje dalam kuali buat lunch! Uiiiit kejam!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dah habis pusing-pusing, kita balik lah pulak. Tengok tu, kemain banyak kereta di jalanan, semuanya dah selesai membeli dan nak balik jugak. Di sini menjelang azan kebanyakan gerai mematikan lampu dan menghentikan jualan. ngat tu tau!
Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi, tapi cukuplah sedikit perkongsian. Kalau ada yang nak datang ke Pasir Puteh tu singgahlah di sini pada setiap hari Sabtu.
Lagi n3 JJCM. Biasanya kalau saya makan di luar dan nak kongsikan tempat tu di bawah label JJCM, saya selalunya ambil gambar guna fon aje. Serik dah angkut kamera besar tu bila ada orang soal macam-macam.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kali ni saya nak kongsikan satu kedai makan di Gua Musang yang saya singgah baru-baru ini. Selalu jugak lalu tempat ni tapi tak dan nak singgah, sokmo makan di nasi ayam ataupun di nasi kukus yang satu lagi. Kalau ada kesempatan saya akan kongsikan kemudian. Kedai makan ni agak besar jugak, jelas nampak di tepi jalan keluar dari bandar lama Gua Musang dek kerana warnanya yang terang lagi memikat tak lain tak bukan warna TRW kebanggaan rakyat kelantan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Seperti namanya, kedai makan ni berkepakaran dalam menyediakan nasi kukus. Tapi kebetulan masa saya makan tu masih awal lagi. Nasi kukus sedang dalam proses, masih dalam kukusan setinggi saya. *_* Nampak sangatlah bahawasanya saya ni kemetot...
Lauknya ada banyak jugak. Selain gadingan gulai dan kuah-kuah untuk nasi kukus, ada juga lauk sampingan yang di makan dengan nasi biasa. Yang saya suka, di sini juga ada gulai serati. Mesti cuba! Seingat saya di sini ada ayam percik, gulai ayam, gulai daging, dan bemacam lagilah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Antara yang di makan. Nasi + daging masak hitam, nasi + gulai serati, nasi + ayam percik dan nasi + ayam berempah + kuah kari. Harganya pula saya lupa nak catat, maklumlah hari tu ada orang belanja.
Kalau ada yang nak singgah, bolehlah masuk ke bandar lama Gua Musang sehingga bertemu hotel dan bergerak ke hadapan sedikit bersebelahan dengan pondok polis, di situlah letaknya kedai makan ni.
Syafiza menuju ke kantin selepas semua pelajar prasekolah balik. Kak Jun berpesan kepadanya untuk menyiapkan dokumentasi berkaitan dapur pra sebelum ke PPD tadi. Nampaknya hari ini dia terpaksa balik lewat. Setiap kali ada pemantauan, tugasnya sebagai pembantu prasekolah agak boleh tahan sibuk juga. Sambil menyedut sirap limau ais yang diorder, Syafiza membuka bekas mengandungi mini kek yang dibuat oleh Aloyah. Cantik aje kek-kek tu dibuat dalam loyang berbentuk ros. Di dalamnya pula ada taburan chocolate chips. Entah apa ke namanya kek tu dia dah lupa. Yang dia ingat mini kek aje. Sms sudah dihantar kepada Badariah untuk minum bersama tetapi gadis itu menolak kerana ada urusan bersama KPT.
Ismail tiba-tiba datang ke kantin dan menegurnya. Agaknya budak-budak pendidikan khas pun sudah balik tu yang dia ada masa melepak.
‘Minum?’
Ismail yang mengambil tempat di sebelahnya hanya mengangguk.
‘Teh o beng lima so kak.’
Fiza kagum sungguh dengan Ismail ni. Dia tak kisah langsung di mana berada. Lelaki bermisai itu tak pernah bercakap dalam Bahasa Melayu yang betul. Asyik-asyik cakap Kelantan. Tambah-tambah di sekolah itu ramai pulak yang senegeri dengannya. Malah Abang Leman, guru pendidikan khas yang berkerja bersamanya juga berasal dari sana.
‘Kek godio ni? Mari ko ambo sbutey.’
Belum pun Fiza berkata apa-apa, Ismail sudah mengambilnya.
‘Weh, suka hati je kau. Kang tak cukup lak aku.’
‘Demo takleh make banyok, keno jago bade baru comey lote.’
‘Tak kuasa la ku nak jaga-jaga badan ni.’
‘Wak diri ko kek ni? Ko demo beli kkeda?’
Dia dah agak dah. Itulah ayat skema yang selalu ditanyakan oleh sesiapa sahaja kalau dia ada membawa bekal ke sekolah.
‘Tak la, Aloyah yang buat malam tadi.’
‘Dio tu meme teror eh masok? Uto sungguh kawe dok sbeloh moh demo, kenye hidu bau jah.’
‘Siapa dapat dia memang senang la nanti. Sebut aje nak makan apa, semua dia boleh buat. Aku tak pandai, pandai makan aje.’
‘Demo keno blaja la denga dio. Nak masok gapo, nak buat kue ko, nak buat kek ko…tok susoh bbeli.’
‘Ala setakat nak makan sorang aku beli aje 2 ringgit.’
Dalam dok bersembang tu, habis jugak mini kek Syafiza sebiji. Dia sebiji, Fiza sebiji.
‘Haaaah…dok ngorat deh duo ore nih.’
Cikgu Sulaiman a.k.a Abang Leman pula datang ke kantin. Dah habis kerja la tu. Datang ke kantin tak ada tujuan lain. Order teh tarik segelas kemudianpergi merokok. Setahu Fiza Mail tak pula merokok. Bagus, dia memang suka dengan lelaki yang tak merokok ni. Kalau tak memang dia lemas dengan asap rokok. Eh? Suka? Apa kes ni? ^_^
‘Ngorat aponyo abe, baru nak ngejah jah ni.’
‘Ngejah molek, upe bia keno. Jange paka air lio jah.’
‘Abang Leman tak minum ke? Nak bagi kek ni pun dah habis.’
‘Abe nak minu air jah. Kek-kek ni tak main lah, bagi ke Mae jah dia brehi gotu.’
Ish tensen sungguh. Pening kepala memikirkan apa benda yang menjadi butir percakapan Abang Leman dan Mail. Mentang-mentang la dia tak faham, entah-entah sedang mengutuk aku, siapa tahu…
‘Eh, nati tulo royak ko Loyah deh abe nak oda kek engri berd hujo minggu nih, nak wak kelik kapong. Pah Fiza tulo la hata ko abe.’
Kek engri berd? Ha ha ha…nak putus urat perut rasanya bila Fiza dengar kata-kata Abang Leman. Tak kering gusi dengan cikgu yang sudah beranak tiga itu. Isterinya nurse, berkhidmat di Kelantan. Dia di sini berulang balik setiap minggu.
‘Abe Leme ni tiak-tiak minggu kelik, respek sungguh la dio.’
‘Dah anak-bini dia kat sana kena la dia balik jenguk. Tanggungjawab tu.’
‘Kawe keno cari bini ore sini jah kalih. Mano tehe nak berule sokmo. Tuo atah jale jah la gitu.’
‘Cari la kalau jumpa. Cuba kau cakap BM sikit ada la yang berkenan tu nanti.’
‘Demo lagumano? Ado gewe doh ko?’
‘Gewe? Gewe tu ape?’
‘Gewe… gewe tu gewe lah.’
‘Ye lah…ape dia? Aku tak faham ni. Cuba kau eksplain sikit.’
‘Mmmmm…takdok gapo lah. Nati demo royak ko Aloyah la kek dio ni sedak. Tak genak ambo make sbutey. Ambo nak gi ko jambe smeta.’
Hish Mail ni. Mulut takde insuran langsung. Gewe? Macam pernah dengar tapi apa maksudnya. Makanan ke hape?
ØWeh kau tau gewe tu ape
oGewe? Siapa ckp dgn kau
ØMail, dia tya aku dh ada gewe ke blm. Aku x phm
oDia nk ngorat kau la tu
ØHish, memandai ke kau ni
oYe la, kalo kau nk tahu gewe tu maksudnya kekasih, ada phm? Dia tgh nk ayat kau la tu
ØXn la Mail tu syok dgn aku yg tak lawa ni
oMn kau tahu, citarasa org bukan sm. Aku sokong kalau kau dgn Mail tu
ØHa ha ha… mati katak la aku nnti. Btw dia kt mini kek tu best
Ahmad Fareez memandang Aloyah dari tingkap biliknya. Sesekali dia lihat gadis itu tersenyum. Kemudian memandang komputer di depan. Kemudian membalas sms, entah dengan siapa ya? Senang hati betul budak tu. Dia sebagai bos tak ada masalah, nak bersms ke nak tidur ke yang penting jangan ganggu kerja. Apa yang diperlukan, yang diminta mesti dapat on time.
Dia jugak yang sedang tertekan. Internet pejabat sejak tadi bemasalah. Dia yang mahu membuka aplikasi jabatan sudah menunggu agak lama dan belum habis meloading lagi. Inilah masalahnya bila semua nak guna aplikasi maya, semua nak online. Bila nak log in aje dah setengah hari, itu belum masuk data yang nak di key-in. Ahmad Fareez memang fed-up dengan keadaan begitu. Menjunam moodnya nak kerja. Tapi yang pelik kalau nak online facebook tak ada masalah pulak. Senang aje nak dapat line walaupun dia jarang menggunakan komputer di pejabat. Untuk bersosial dia biasanya menggunakan Galaxy hanya pada waktu rehatnya sahaja.
Tiba-tiba saja lagu Maher Zain menyentak keserabutan mindanya. Panggilan dari mama!
‘Assalamualaikum along.’
‘Waalaikumussalam ma. Ada apa?’
‘Ai, takkan la nak kena ada apa-apa dulu baru mama boleh telefon.’
‘Tak la macam tu. Kan baru dua hari lepas along telefon.’
‘Adik nak balik minggu ni, along tak nak balik ke?’
‘Along tak boleh balik ma, minggu ni kena kerja, Tuanku Sultan nak mencemar duli minggu depan. Sibuk sikit.’
‘Mama bukan apa long. Adik tu balik bawak kawan dia. Kalau along ada boleh la tolong tengokkan.’
‘Kawan? Kawan macam mana?’
‘Kawan perempuan. Sama kerja dengan dia.’
‘Ala mama ni. Mama dengan abah aje la yang tengok. Along bukannya tahu apa-apa. Mana yang baik along ikut aja. Lagipun kalau itu pilihan adik kita nak kata apa.’
‘Adik dah bawa balik calon, along bila lagi nak tunjukkan pada mama?’
Aduhhh, Ahmad Fareez cukup tertekan bila soal yang satu itu ditanyakan. Mama bukannya tidak tahu dia sudah mempunyai pilihan hati. Malah dia sudah menunjukkan gambar Kartina beberapa kali.
‘Mama, boleh tak kalau kita tak bincangkan hal tu?’
‘Along dah 29 tahun tau, patut dah berumah tangga. Dah ada anak.’
‘Bukannya along tak mahu kahwin ma, tapi tunggu la along establish dulu. Ada banyak lagi yang nak along capai. Tina pun baru kerja kan, mama bagi la peluang kami bina kerjaya dulu.’
‘Mama tak berkenan dengan si Tina tu, bukan tak ada perempuan lain lagi kat dunia ni long.’
Asyik-asyik itulah alasan mama terhadap hubungannya dengan Kartina. Dia yang nak kahwin, dia yang berkenan, apa masalahnya. Memang la kalau mengikut piawaian mama dia berkehendak yang bertudung, yang berbaju kurung, yang betah di dapur tetapi dah kerjanya GM di hotel, memang tak lepas la semua tu. Pening, pening. Macam mana lagi nak yakinkan mama ni?
‘Along yang nak kahwin ma, itu pilihan along.’
‘Ye la, mama tahu itu memang pilihan along tapi kalau boleh along cuba la buka mata pada perempuan lain yang lebih baik. Mama taknak along merana nanti.’
‘InsyaAllah tak, mama. Janganlah mama risau.’
‘Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan kau nak.’
‘Terima kasih mama.’
Ahmad Fareez bukannya mahu melawan cakap mama tetapi sudah 2 tahun dia berkasih dengan Kartina yang dikenali semasa menghadiri kursus kepimpinan di Kuantan. Masa tu dia berkhidmat di Raub sebelum naik pangkat ke Cameron Highlands. Dalam keadaan inilah peribahasa menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak amat berguna. Bagaimana dia mahu menjaga hati mama dan Kartina serentak? Adik pun kurang asam. Masa-masa macam ni la dia nak bawa balik makwe, tak menyempat-nyempat nak kahwin agaknya…
Idea untuk memasak ikan ni dikongsi oleh Mok Ja yang berbual dengan jaga sekolah. Katanya gulai tempoyak sedap jika dimasukkan santan. Jadi kebetulan saya ada semua bahan, maka saya pun cuba. Agak sedap juga, saya makan dengan roti.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tengoklah bahan yang saya guna. Dengan dua biji cili tu, membuatkan saya tidak dapat menikmati rasa sebenar gulai tempoyak, hanya rasa pedas semata. Punya la tak pemedas saya ni. Masa tu memang makan bersulam air je..
Image may be NSFW. Clik here to view.
Resepi? Takyah la kan? Rasanya korang pun dah boleh agak camana. Saya pun sebenarnya dah lupa... He he he...
Saya suka panna cota. Sebab? Namanya yang unik... Aishh...boleh pulak gitu ya? Ini kali kedua saya membuat resepi yang sama, tetapi hanya separuh kerana nak menghabiskan WC belen kek. Rasanya lebih kepada puding yang kenyal-kenyal gitu kerana penggunaan gelatin.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Panna cota ni memang sedap dimakan semasa masih sejuk, feeling good gitu makan bersudu. Selain peach, boleh juga menggunakan buah-buahan yang lain tapi faham2 sajalah di rumah saya ni, stok peach sajalah yang sentiasa ada. Next time nak cuba dengan strawberry ke... kiwi ke... berangan lah dulu eh. Untuk kali ni juga, saya hanya dadukan peach, tidak membuat puri.
Untuk resepi, saya mengambil sumber dari blog Kak Nor. Saya copy semula resepi di bawah untuk rujukan akan datang.
Image may be NSFW. Clik here to view.
PEACH PANNA COTTA Resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram Resipi asal : Gert@KitchenSnippets Bahan: 2 cawan susu segar/fresh milk 1/2 cawan whipping cream 2 sudu kecil serbuk gelatin
3 sudu besar air panas 1/4 cawan gula @ secukup rasa 1 sudu kecil esen vanila
Utk puree mangga : 1 bj mangga masak 2 - 3 sudu kecil gula 1 sudu kecil perahan limau/lemon Yang ni saya tak buat, terus campurkan peach yang di dadu ke dalam adunan susu.
Cara: Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam. Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.
Note :
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih
Saya pernah melihat sebuah rancangan memasak di tv, di mana ketika itu chef menyediakan nasi goreng telur masin (masakan cina). Tak terfikir pula yang saya juga akan membuat nasi goreng seperti itu. Alkisahnya, belen telur masin dari kerabu masih ada dua biji. Jadi memikirkan telur yang sudah berumur dan tak berapa nak elok lagi, saya pun cubalah buat nasi goreng ikut pandai sendiri. Agak-agak boleh makan, kira ok la tu.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Oleh kerana telur masin saya tu sangat le masin, jadi saya hanya menggunakan bahagian telur merah. Saya pecahkan dan asingkan dua bahagian tu kemudian dimasukan ke dalam air meindidih sehingga ianya betul2 masak. Rupa-rupanya kan...bila dipecahkan telur masin tu baru le saya tahu yang telur putihnya tak seperti telur biasa... mcm air je.
Bila dah masak, eh rupanya sedap jugak nasi goreng ni. Rasa lain dari yang selalu dibuat. Lepas ni kalau ada belen telur masin tu boleh la cuba. Di bawah tu saya ada kongsikan resepi kot ada yang nak mencuba.
Image may be NSFW. Clik here to view.
NASI GORENG TELUR MASIN
Resepi : Cheq Sue
Nasi sejuk + bawang putih + sayur sawi + kiub ikan bilis + 2 biji telur masin (telur merah) + sedikit gula
- Pecahkan telur masin, rebus bahagian merahnya sahaja di dalam air mendidih
- bila sudah masak, lenyek dan gaulkan dengan nasi sejuk
- tumis bawang putih, masukkan sayur dan kiub ikan bilis (boleh tambah sedikit air untuk melarutkan kiub)
- masukkan sedikit gula
- masukkan pula nasi yang telah dilenyek dengan telur masin
RVC adalah antara kek yang saya suka. Beberapa kali juga saya membuatnya untuk makan-makan. Gandingan kek berwarna merah baldu dengan frosting cheese tentunya sangatlah serasi bak P.Ramlee dan Saloma. Baru-baru ni Mas ada menayangkan RVC diblognya. Dengan warna merah menyala bagaikan memanggil-manggil nama saya supaya mencubanya. Beberapa kali juga saya membuka laman web berkenaan untuk melihat resepinya dan menjamu mata. Resepi sebenarnya adalah dikongsikan oleh Kak Azie.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya pernah melihat bermacam cara penyediaan RVC. Kalau sebelum ni saya menggunakan resepi dari All Recipe atau Kak Hana, tapi resepi yang dikongsikan Kak Azie ni sangatlah mudah dan memuaskan. Sesuai dengan namanya the best, easy and moist RVC, memang itulah hasil yang diperolehi.
Siapa sangka, walaupun hanya menggunakan hand wisk, hasilnya sangat gebu dan lembut. Tak terasa cup cake yang terhasil. Ianya sangat diringan bila dipegang dan bila dimakan terasa seperti sedang mengunyah kek span. Kali ni saya mencuba setengah adunan dan membuat cup cakes (dapat dalam 16 biji). Lain kali saya nak cuba buat versi kek pulak, tengok macam mana hasilnya.
To Kak Azie, terima kasih atas perkongsian resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tengok sahajalah gambar dibawah ni setelah di'ngap' oleh tuannya. Hi hi hi... Memang sedap, cuma saya ada terkesan ada manis sedikit, barangkali dari frosting yang saya buat (tidak mengikut resepi). Next time boleh kurangkan gula sedikit. Walaupun di dalam ni ada dimasukkan air kopi, tetapi rasanya langsung tak ada. Oleh sebab tak ada kopi / nescaffe di rumah, saya menggantikan dengan serbuk Ipoh White Coffee.
Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan.
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati ( Mas guna tangan tuk kacau dan guna pemukul telur jer ) . Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Untuk Cupcake, tuang adunan dalam jag baru tuang kedalam cup, lebih senang kan.
Bakar 20 minit atau hingga masak sahaja untuk elakkan kek menjadi kering.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.
Nota :
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar
Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.
Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum dimasukkan baki gula.
Saya kira, kebanyakan rakan blogger suka mengumpul FM (atau yang sewaktu dengannya). Jika begitu, saya juga merupakan salan seorang daripada anda. Minatnya datang semasa berkunjung ke Vietnam di mana saya merasakan perlu untuk menyimpan sesuatu sebagai kenang-kenangan. Meskipun belum ada peti sejuk, apa salahnya mengumpul dulu kan?
Moh tengok koleksi sejemput saya...
Image may be NSFW. Clik here to view.
Antara koleksi saya yang pertama. Sejak dari itu memang suka sangat. VIETNAM, PORT DICKSON dan key-chain PULAU PANGKOR
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pemberian Kak Ha, rakan serumah yang suka sangat melancong. KOREA dan SINGAPURA.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pemberian blogger Nuwairani. PHUKET, BANDUNG dan JEPUN
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pemberian rakan sekolah, Puan Norjanah. SARAWAK, DJOKJAKARTA, TERENGGANU dan FILIPINA. Suka!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ingatan dari Puan Yasotha. New Zealand.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Buah tangan Puan Erwani yang berbulan madu ke KRABI. Ewahhh...
Image may be NSFW. Clik here to view.
Hadiah dari blogger Kak Min. AUSTRALIA
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tanda mata dari blogger Cheq Da yang berkunjung ke TERENGGANU
Image may be NSFW. Clik here to view.
Hasil 'pau' Puan Atikah yang bercuti ke LANGKAWI
Image may be NSFW. Clik here to view.
Hasil kiriman dengan Adik, blogger Muhammad Syawal. HATYAI dan PULAU PINANG
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ini dah lupa dapat dari siapa. Tapi gambar tu menunjukkan tembok besar China.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Mintak dari Puan Khor yang melancong ke HONG KONG. Heeeee dengan tak malu!
Buat semua yang bermurah hati memberikan gift ni pada saya, terima kasih banyak-banyak. Kalau ada yang nak bagi tu, jangan segan-segan ya! Saya akan terima dengan hati terbuka gittew.
Dah lama jugak saya buat roti ni. Oleh sebab oven saya bermasalah, maka saya memutuskan untuk membuat roti yang terus dibakar di dalam BM (dengan menggunakan setting nombor 1 - basic). Saya sebenarnya tak pasti resepi sebenar roti naik Pahang ni. Adakah ia sama dengan roti naik Maktok? Bila saya Google, terdapat pelbagai resepi roti naik Pahang yang keluar. Jadi saya mencuba resepi yang ada di blog Kak Azie. Cumanya, oleh sebab saya membuat roti ni secara terus, maka ianya terhasil dalam bentuk roti sandwich.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tengoklah roti yang terhasil. Alhamdulillah naik dengan elok, gebu dan ringan. Cuma di bahagian keliling keraknya agak tebal kerana lupa nak set dia punya berat. Jadi janganlah bandingkan roti saya ni dengan roti yang kat kedai tu, Gardenia ke, Massimo ke, memang kalah la.. -_-
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pandangan dari sisi. Yang geramnya bila buat roti sebegini, selalu lupa nak keluarkan knead setelah selesai dipenaikkan. Bila roti dibakar besama knead, memang susah sikit nak keluarkan sebab roti dah terlekat bersama benda alah tu. Memang geramlah, seb baik dok bahagian bawah..
Di bawah ni pula gambaran di dalam yang selembut kapas. Boleh nampak kan bagaimana urat-uratya? Errr...urat ke? Untuk sebiji ni dapat banyak keping jugak, memang tak habis nak makan sorang. Jadi saya buatkan roti pizza. Nanti saya kongsi dalam next n3.
Cumanya, dengan resepi ni saya rasa rotinya agak manis. Dah rasa dah masa masukkan gula tu, maybe next time kena ejas sikit tang gulanya. Jadi saya copy semula resepi berkenaan untuk rujukan akan datang. TQ Kak Azie..
2 sudu kecil ibu roti (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung
Cara cara :
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.
Nota :
Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit. Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.
Saya sebenarnya suka melihat rancangan memasak di cannel AFC (703) ASTRO. Kadang2 apa yang dimasak oleh chef boleh memberi inspirasi selain menambah ilmu dan tips di dapur. Semasa menonton River Cottage, saya tertarik dengan resepi ringkas dalam menyediakan sos tomato panggang. Ianya sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Jadi saya cuba oleh mengikut kesesuaian sendiri.
Bila dah siap, sos ni berbau agak unik kerana tomato yang di bakar terlebih dahulu. Patutnya kehitaman sedikit tetapi oven saya tu tiba2 bermasalah pulak. Kalau saya lihat di AFC tu rupanya sedikit garing dan kekeringan. Tak mengapalah...
Sos ni sesuai sangat kalau nak dibuat sos spagetti atau pizza, tapi saya hanya gunakan sebagai topping pizza roti. Kalau korang suka makan2 western ni boleh la cuba buat resepi macam ni... dapat rasa lain sikit dari sos yang selalu dibuat ataupun sos segera. Ni kat bawah saya dah tuliskan semula resepinya. Silalah cuba..
Image may be NSFW. Clik here to view.
ROASTED TOMATO MEAT BURGER SAUCE
Resepi : Cheq Sue
A : Tomato ranum + secubit garam + minyak zaiton + oregano
- Tomato dibelah 4, masuk ke dalam loyang tahan panas, taburkan garam dan minyak zaitun
- panggang dalan oven suhu 180'C selama 25 minit (atau lebih, bergantung)
- bila dah masak, blend dengan sedikit air, jangan sampai terlalu halus
B : 4 keping daging burger, sedikit gula, 2 helai daun bay
- hancurkan daging dan tapis air, masuk ke dalam kuali
- masak hingga daging empuk dan agak kering air (tak perlu guna minyak)
- tuangkan tomato panggang yang telah diblend (bahan A)
Lari sikit dari n3 kebiasaan. Kali ni saya nak bercerita dan mempromosikan tentang Buaian Berendoi Azma Azlim Decor (BBAAD) yang diusahakan oleh anak saudara Mok Ja. Azma @ Along dah agak lama mengusahakan buaian berendoi ni bersama suaminya. Sesekali kalau saya ke rumah mereka, memang seronok melihat barang2 yang digunakan untuk decor berkenaan. Maklumlah, jiwa seni la katakan. Sekarang ni dah menjadi satu trend barangkali apabila majlis cukur jambul atau akikah anak-anak dibuat secara besar-besaran dengan adanya buaian atau pelamin kecil. Kalau dulu cukup dengan si ayah yang mendukung anak-anak dan dibawa keliling ke arah jemputan yang sedang berselawat. Kali terakhir saya lihat majlis ni adalah semasa cukur jambul Maisarah lima tahun lalu. Cerita tentang BBAAD ni, kalau ada sesiapa yang teringin nak buat majlis cukur jambul atau akikah anak, takpun ada nak rekemen pada kawan-kawan, bolehlah cuba-cuba jenguk laman web yang akan saya kongsikan nanti.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil dari FB dan blog BBAAD. Saya memang suka dengan kerja tangan yang dihasilkan. Semuanya nampak menarik. Cute je nampak.
Image may be NSFW. Clik here to view.
BBAAD juga ada menyediakan pakej tertentu yang boleh dipilih pelanggan. Tema pun ada bermacam-macam. Sebut je apa warna yang dimahukan, apa jenis buaian yang disukai In Sha Allah semuanya akan ditunaikan. Yang penting harganya berpatutan. Agak-agak nanti kalau saya nak buat pelamin akad nikah pun buleh jugak ye... mintak sponser!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Selain buaian dan bunga-bunga yang cantik tu, turut disertakan sekali adalah pencahayaan untuk menyerlahkan lagi dekorasi yang dibuat.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau tidak mahu hiasan yang sarat, boleh juga request yang simple-simple.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau dapat seperti yang di atas ni pun cantik jugak kan? Bukan setakat baby yang suka, mummy baby pun tersenyum sampai ke telinga dengan hiasan yang cantik begini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Cerita tentang kejayaan BBAAD juga telah mendapat perhatian majalah Pa & Ma. Jika nak tahu sebarang aktiviti pemasangan atau contoh2 buaian yang telah dibuat, boleh skodeng di Facebook atau SMS / WhatsApp 017 - 3052063 & 012 - 2945011 (Azma / Azlim).
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau nak tengok lebih lagi contoh dekorasi yang tekah dibuat, boleh juga berkunjung ke blognya di Buaian Berendoi Azma Azlim Decor. Di situ ada banyak gambar yang boleh dipilih ataupun dijadikan contoh.
Aloyah, Bada dan Syafiza sedang menikmati dinner set di KFC sempena meraikan ulangtahun Bada dan Fiza yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama. Di hari ini genaplah umur mereka 25 tahun. Aloyah menawarkan diri untuk belanja tetapi Syafiza menolak dengan alasan dia mahukan kek free.
‘Pandai kau ya…’
‘Dah lama aku mengidam nak makan kek pelangi. Nanti kita pergi la makan kat mana-mana as a celebration. Kau boleh join tak Bada?’
‘Kalau petang esok boleh la sebab pagi aku nak ke sekolah dulu.’
‘Petang elok la, boleh kita masak benda lain sikit-sikit. Kau ajak la sekali pakwe sebelah tu.’
‘Aik, bila pulak kau berpakwe dengan jiran kita ni Fiza? Diam-diam kau ya.’
‘Jangan kau dengan loyar buruk Loyah ni. Pepandai je nak kenakan aku.’
‘Nanti kita boleh makan gulai kat Kelantan la pulak ya Bada. Hish tak sabarnya aku.’
‘Cakap pasal makan gulai ni aku nak bagitahu korang sesuatu.’
‘Kau nak kahwin jugak ke?’
Senyuman Badariah menjelaskan segala.
‘Aku nak bertunang minggu depan ni.’
‘Tahniah…dah sampai seru housemate aku ni. Tinggal aku ajelah nanti. Fiza dengan Mail pun dah tak lama.’
Adeeehhhh… sepantas kilat ada sepit ketam mendarat di lengan Aloyah. Merah padam muka Fiza sambil Bada tertawa memandang. Memang padan sangat Syafiza dengan budak Mail tu. Dia pun setuju sangat. Dia selalu nampak mereka makan berdua di kantin.
Balik dari KFC mereka bertiga membeli barang keperluan untuk makan-makan esoknya. Oleh kerana Fiza telah bersetuju untuk membantu, Aloyah sudah memikirkan beberapa menu untuk dimasak.
‘Susah tak susah, tapi kalau kat kedai 7 8 puluh ringgit jugak orang jual.’
‘Bahan-bahannya tak la banyak. Macam buat kek biasa je aku tengok.’
‘Kalau tengok bahan memang la sikit. Cuba kau tengok cara-cara nak membuatnya tu. Berapa lapisan nak kena bakar satu-satu. Kalau bukan sebab kau aku tak buat tau.’
‘Terima kasih Loyah. Tu yang aku sayang kat kau.’
‘Masa ni la baru kau nak sayang ya?’
He he he…
Dengan menggunakan resepi yang dicetak dari blog Juwita Farez, Aloyah pantas menyediakan adunan seperti yang dinyatakan. Istimewanya kek ni sebab menggunakan hanya telur putih. Kiranya kurang kolesterol dari kek biasa yang ada telur kuning. Cumanya dengan menggunakan hand mixer agak seksa jugak nak memutar adunan butter dengan telur. Dia tak mahu nanti keknya bantat atau tidak menjadi. Bila difikirkan memang dia nak sangat mixer KENWOOD tu, time macam ni la kerjanya jadi lebih cepat.
Untuk kek ni, Aloyah membahagikannya kepada 6 bahagian kerana pewarnanya hanya ada 6 jenis sahaja iaitu merah, kuning, oren, biru, hijau, pink dan ungu. Kalau ada satu lagi complete la warna pelanginya. Jadi Aloyah harus membakar sebanyak 6 kali sebelum ianya selesai. Setiap satu warna perlu dibakar dalam 15-20 minit. Bila dah masak, yang paling penting ianya perlu dilapik dengan baking paper supaya tak melekat antara satu sama lain. Sambil menunggu adunan-adunan kek masak, Aloyah memutar whip cream. Dia lebih suka menggunakan whip cream untuk aising kerana ianya mudah. Tuang aje dalam bekas dan whip sehingga kembang. Bila dah selesai, dia menunggu 1 lagi adunan yang belum siap di bakar sebelum mula menghias. Kek ni sedap dimakan sejuk. Jadi semalaman dalam peti ais lagi menyedapkannya.
Bada dan Fiza yang terpaksa menemaninya sedang berinternet. Keduanya sedang anyik melihat ke skrin. Apa pulak yang hendak dibelinya tu. Dia cuba meninjau. Lorrr… tudung la pulak!
‘Siapa yang nak beli ni?’
‘Bada la. Aku tak mampu nak beli, mahal sangat.’
Aloyah merapatkan pandangan. www.jelitasara.com. Sehelai 175 hengget? Allahuakbar.. Kalau shawl yang dia biasa beli tu baru 10 – 15 hengget, dah berpuluh helai boleh dapat.
‘Kau tak rasa mahal ke ni Bada?’
‘Eh ni oklah, kualiti bagus mestilah harga mahal sikit. Tengok awning pun lain tau.’
Kualiti bagus? Macam sama je dengan yang dia selalu tengok kat kedai tudung. Tapi bila tengok modelnya pakai boleh tahan jugak.
‘Yang mana kau nak beli?’
‘Kaler biru ni. Kau rasa cantik tak?’
‘Aku tak berkenan, macam alas meja je.’
Alas meja? Rabun ke hape Aloyah ni? Mentang-mentang la ia tak pakai tudung ni suka-suka je cakap tak cantik.
‘Kau tak pernah pakai. Cuba kau pakai sekali baru kau tahu.’
‘Nantilah mana-mana yang kau dah tak nak pakai tu boleh la bagi aku.’
‘Kau tak cuba tengok tudung Fareeda ke?’
Tahu pulak Fiza ni tudung Fareeda bagai. Kalau kat pejabat Kak Lin memang pelanggan setia tudung Fareeda. Nyata Jelita gitu!
‘Aku ada beli dulu tapi tak selesa dengan awningnya.’
Aloyah meninggalkan budak berdua tu setelah ovennya membunyikan isyarat masa. Mata dah mengantuk, dia perlu segera menghias kek. Malam ni nampaknya tak berkesempatan lagi nak mengupdate blog. Aduyai…
Kek yang telah siap disusun dengan dilapisi aising. Setelah siap 6 susunan, kelihatannya agak tinggi. Rupa-rupanya Aloyah dah salah loyang. Patutnya guna loyang lebih besar. Aloyah membuat coating di bahagian luar untuk mengelakkan serdak kek bercampur dengan aising. Seterusnya dia melepa aising setebal 1 cm dan meletakkan bunga-bunga menggunakan nozzle gerigi. Bancuhan aising dah agak lembik sikit, mungkin lama dibiarkan kat luar. Dalam 45 minit, barulah siap kerjanya menghias. Peralatan yang diguna dikumpulkan satu tempat, dah malam-malam ni sejuk pulak nak kena air. Bertuah punya budak berdua ni, dah terbongkang depan tv. Ish ish ish…
‘Kau dah bagitahu Mus?’
‘Daaah. Dia kata ok je. Dia ajak kita pergi sekali tapi aku tak nak. Kita pergi awal sikit dan tunggu diorang sampai.’
Mereka berdua membawa barang yang telah siap dipacking ke dalam kereta. Aloyah melihat WISH Encik Paris masih ada di tempat parking. Tak ke mana-mana gamaknya dia hujung minggu ni.
Sampai di Taman Keputeraan, Fiza membentangkan tikar di bawah pepohon rhu yang teduh. Cuaca nyaman aje. Walaupun agak panas tapi ada deru dingin menerpa. Memang sesuai sekali makan-makan macam ni. Agak ramai juga orang di sana. Pelancong barangkali. Taman Keputeraan merupakan salah satu tempat popular untuk bergambar, ada banyak bunga-bungaan yang menarik. Aloyah selalu juga datang melepak di situ dengan Syafiza.
‘Sorry beb, tak dapat nak menolong korang.’
Badariah baru sampai. Dia terus dari sekolah. Walaupun hanya pembantu tadbir, sibuk dia mengalahkan guru besar. Sebentar kemudian, Mus and the gang pula tiba. Encik Paris pun ada. Hensem dengan t-shirt turtle neck dan jeans. Dah tak ada gaya KJ tetapi hot guy kata Kak Zetty.
‘Tq sebab datang…’
Syafiza membuka bicara. Mail tersengih-sengih. Dia awal-awal sudah duduk tanpa sempat dipelawa.
‘Last kita makan kat sini bulan lepas kan?’
Mustaza cuba mengingat ketika mereka sama-sama kenduri steamboat di situ. Dengan periuk dan dapur mereka angkut sekali. Memang seronok waktu tu.
Bada menolong apa yang patut. Fiza pula sibuk memotong kek. Ada spaghetti bolognaise, kentang goreng dan donat. Hala datang tadi mereka beli 3 botol air Mirinda. Aloyah memerhatikan Encik Paris yang tidak bersuara. Benar kata Mus, dia sangat cerewet tentang makanan. Direnungnya makanan yang terhidang bagai mencari apa yang kurang.
‘Bos janganlah risau, ini semua Loyah yang masak, gerenti best.’
Mus pulak melobi. Mail kusyuk dengan makanannya. Aloyah mencedokkan spagetthi dan dihulurkan kepada Encik Paris. Dia sudah maklum yang bosnya itu suka kalau ada yang melayan, macam kat restoran le pulak.
‘Ada air lain tak? Saya tak minum air gas ni.’
Tiba-tiba Encik Paris bersuara.
‘Ada. Saya ada bawak milo. Ni…’
Aloyah memang dah standby dari awal. Dia tahu Encik Paris tak minum minuman bergas. Dia seorang pembantu yang peka. Semuanya dia ambil tahu.
Masing-masing bercerita sambil menjamu selera. Mail suka sangat dengan kek pelangi yang dibuat Aloyah. Sedak katanya. Encik Paris yang mulanya menolak akhirnya berjaya juga menghabiskan satu potongan. Mus pula kemaruk dengan donat. Bada dan Fiza selaku birthday girl tetap maintain ayu…
Aloyah membahagikan kek yang masih ada kepada beberapa remaja yang ada di situ. Kalau tak habis sayang nak buang. Mereka dah kekenyangan. Ahmad Fareez hanya memerhati gelagat Aloyah. Dengan skirt labuh dan kemeja yang di tight-in, tudung pula tetap setia macam Najwa Latif, dia akui Aloyah memang cute dan comel. Pheewww….
Restoran ni saya dan kengkawan singgah selepas balik dari Taiping. Dah selalu jugak makan di sini tetapi tak pernah mengambil gambar untuk di kongsi. Jadi alang-alang ramai yang ada, tak la segan sangat saya nak mengambil gambar. Guna fon aje...
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya rasa signboard ni baru je di pasang. Dulu tak ada. Dan seingat saya dulu ianya dikenali dengan nama Restoran Zulkarnain. Lebih kurang je dengan yang sekarang.
Lokasinya adalah berdekatan simpang empat Ipoh - CH - Gopeng - Pengkalan, bersebelahan dengan kedai dua ringgit. Memang nampak jelaslah dari jalan besar tu. Biasanya dibuka sebelah petang hingga ke malam dengan menyajikan masakan panas. Ianya menyajikan masakan Thai dengan pekerja dan tukang masaknya dari Kelantan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Keadaan di dalam restoran. Kawasannya luas, agak bersih juga. Kerusi mejanya banyak.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Antara yang di makan. Pelbagai menu yang boleh ditempah. Ada yang sedap, ada yang tak berapa sedap. Yang saya order (mee hailam) agak masin, manakala nasi goreng USA tu agak sedap juga. Boleh juga diorder secara set dengan pilihan makanan yang telah ditetapkan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Jadi kalau sesiapa yang ada lalu di sini, samada nak ke Ipoh atau ke CH, boleh la singgah dan rasa macam mana. Kalau sedap bolehlah singgah lagi!
Hasil sampingan yang terjadi daripada roti sandwich dan sos tomato panggang. Selalu kalau buat roti pun tak akan dapat habis satu adunan. Dengan menggunakan roti sandwich BMmade, saya up kan sikit rasanya supaya lebih menarik perhatian dan bernilai tinggi. Ya lah, kalau nak harapkan roti sesaje kureng sikit nak laku. Yang ni dalam 5 keping (saya potong tebal), saya bakar menggunakan pemanggang ajaib. Sebab tu la kalau tengok bahagian cheesenya tu belum cair sepenuhnya.
Resepi roti pizza ni rasanya tak perlu ditulis lagi. Yang penting kena ada roti, sos (boleh je guna yang segera) dan keju (saya guna cheddar). Kalau bakar dalam oven bolehlah lama sikit sampai keju tu cair. Tapi bukan nak cakap, roti pizza ni memang sedap dimakan panas-panas. Kena pulak di CH asyik hujan, sejuk je memanjang. Sesuai sangatlah.
Jadi, mana yang tak ada idea tu cepat-cepatlah ke kedai, beli roti, sos dan apa-apa yang patut. Saya memang takleh nak sharelah... dah habes semuany!
Urusan jodoh, maut, ajal pertemuan di tangan Tuhan, semuanya dalam rencanaNya. Kita hanya mampu berdoa dan meminta agar segalanya dipermudahkan...
Kalaulah dia bacan entry ni... lagu ni untuk dia -_-
JODOH PASTI BERTEMU - AFGAN
Andai engkau tahu betapa ku mencinta Selalu menjadikanmu isi dalam doaku Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta Selalu menjadikanmu isi dalam doaku Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu
(Jika aku bukan jalanmu) Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Selalu jugak beli ikan dori ni, tapi biasanya dimasak celup tepung dan dibuat kuah masam manis. Kalau nak makan begitu saja rasanya ikan dori ni tak berapa sedap kerana isinya yang agak tawar dan tidak padat. Kalau dinner dekat hotel memang selalu ada menu ni.
Jadi fikir-fikir saya nak cuba buat sesuatu yang saya boleh makan dengan sos mayo. Sos mayo ni pulak saya terbayangkan campuran sos dengan daun basil, tapi saya hanya guna selasih biasa (tempatan) je, malas nak ambik basil belakang rumah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Nah... posing sikit dengan bunga mawar dari halaman rumah sebelah. Sweet je dok dalam fillet ikan ni. Sekali pandang fillet ikan ni memang tak menarik aih. Nampak sadurannya agak kurang rangup kerana saya hanya menggunakan tepung beras. Sebenarnya boleh guna tepung jagung atau tepung perapan segera, baru jadi cantik sikit. Tapi tak mengapalah, setakat nak makan sendiri je...
Untuk fillet ni saya hanya gandingkan dengan fries sahaja. Pelengkapnya sekadar mayonis yang dicampur selasih serta sos cili. Selalu kan tengok di AFC mat salleh suka sangat campur herba dalam mayonis. Agak2 kalau macam ni boleh buat dressing salad jugak.
Kalau ada yang nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni. Jangan segan-segan ya...
Image may be NSFW. Clik here to view.
FILLET DORI & MAYO SELASIH
Resepi : Cheq Sue
Fillet dori :
5 keping fillet dori
Tepung beras + serbuk lada sulah + serbuk cili : gaul rata
Saya kan dah lama betul nak rasa ikan salmon. Kebetulan masa ke MYDIN Meru baru-baru ini, ada terjumpa fillet salmon, sekeping dalam RM5 gitu, kira ok lah kan. Jadi saya beli la sekeping, nak rasa dulu. Saya cuba masak secara grill, maksudnya tak berlebihan untuk mengetahui rasa salmon sebenar. Saya masak simple je, hanya perap sebentar dan grill dalam pan. Tak ada sos pun, hanya digandingkan dengan salad tomato dan baby carrot.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dengan perapan simple, memang boleh rasa ikan salmon tu. Buat yang pertama kali merasa seperti saya, salmon ni sebenarnya tawar je isinya. Agak berlemak sedikit. Bahagian kulitnya yang garing memang sedap. ** Nak buat camana, tekak ni dah biasa dengan ikan kembung dan selayang. *_*
Secara keseluruhan, agak sedaplah apa yang terhasil ni. Nak kata masuk bakul angkat sendiri tak jugak. (Kalau naik lif tak tekan, lambat sikit nak bergerak kan....). Kalau makan gitu je tak berapa sangat, kena cicip dengan sos cili dan mayonis.
Kalau ada beginner yang nak mencuba, saya tulis semula resepi dibawah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
GRILL SALMON
Resepi : Cheq Sue
1 keping ikan salmon + 1 sb sos tiram + 1/2 sk lada hitam. Perap 1/2 jam (atau lebih lama)
Panaskan sedikit butter dan grill ikan sehingga masak dan garing
Untuk salad kentang, rebus kentang dan baby carrot dengan sehelai daun bay dan sedikit garam. Toskan air. Bila dah sejuk gaulkan dengan mayonis.
Bolehlah dihidangkan dengan ikan salmon. Jangan lupa perahkan sedikit jus limau semasa makan
Seminggu dua ni asyik keluar rumah awal untuk ke pusat peperiksaan. Kalau drive sendiri dalam 6.40 pagi, kalau tumpang orang dalam 6.45 - 6.50 pagi baru jalan. Jadi dalam perjalanan tu selalu nampak matahari naik (sunrise) bermula di Kuala Terla sehingga simpang Hotel Nova dan Hotel EQ. Saya memang dah target, satu hari mesti datang sini snap gambar sunrise tu.
Dah alang-alang ada rehat dari jaga exam, 23 haribulan lalu saya dan Mok Ja serta Hawa, sepakat nak menengoknya. Berharap sangat dapat tengok mentari naik seperti yang dilihat sebelum ini, tetapi tak ada rezeki kerana pada pagi itu kabus dan awan agak tebal sehingga menutup serakan cahaya pagi.
Seawal 6.15 pagi keluar dari rumah, inilah hasil yang dapat dikongsi. In sha Allah lepas ni nak datang lagi, mungkin musim kemarau sikit. Sekarang ni asyik hujan je, itu yang gamaknya awan dan kabus menjadi tebal. Moh nengok... Apa yang boleh di kata, indahnya ciptaan Yang Maha Esa...
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Lepas ni, tengok versi dua pula sama ada dapat snap view yang lebih baik dari ni..